Selama ini di Stadium Melawati Shah Alam untuk show artis-artis, perlawanan bola dan juga sureheboh di perkarangan stadium.....tapi kali ini .....beginilah yang dapat kita saksikan.... kebetulan dihari yang sama saya berada di Shan Alam.
Perhimpunan Halal di Stadium Melawati Shah Alam.. sejarah tercipta di Bumi Allah yang bertuah Selangor DE … TAKBIR!!!!!!!!!!
Sifat Manusia Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat."
Riwayat Ahmad Huraian i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain. ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri. iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur). iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.
Bersua Dalam Murka Hadith : Dari Abdullah r.a katanya,:"Rasulullah s.a.w bersabda:"Siapa yang mengambil harta orang Islam dengan sumpah palsu, nescaya orang itu akan menemui Allah sedangkan Allah marah kepadanya."
Huraian Manusia, apapun perbuatannya, pasti akan bertemu dengan Allah S.W.T. Perjalanan menuju Allah, bukanlah perjalanan biasa sebagaimana perjalanan lahiriah dari satu tempat ke tempat lain. Perjalanan menuju Allah memerlukan persiapan dan bekalan yang cukup. Manusia yang baik amalannya akan menemui Allah dalam keadaan yang cukup selesa dan bahagia, sebaliknya pula orang yang buruk amalannya semasa di dunia. Mereka bakal menemui Allah dengan perasaan gerun dan takut. Sesungguhnya Allah S.W.T amat murka terhadap sesiapa sahaja yang melakukan dosa dan kejahatan kerana ia merupakan perbuatan yang melambangkan penentangan terhadap perintah-Nya. Justeru, tidakkah kita merasa malu jika di akhirat kelak kita datang menghadap Tuhan tetapi dalam keadaan diri bergelumang dengan dosa dan kehinaan. Maka untuk mengelaknya jadikanlah hidup kita bermakna di dunia dan bererti di akhirat, kenanglah wajah Allah yang senantiasa kita harap untuk dapat melihatnya di syurga kelak sebagai balasan dari pemanfaatan hidup kita di maya pada ini.
Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mendatangkan Bala Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya. "
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi Huraian 1. Sesungguhnya bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran. 2. Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk kepada yang bukan Islam. 3. Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai seluruh makhluk di sekitarnya. Empat Kunci Kemurkaan Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda:" Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis."
(At-Tabrani dan al-Baihaqi) Huraian 1. Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapuk (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks dan lesbian. 2. Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang. 3. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram. 4. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.