Blog EntryWOW!!!!!Apr 3, '08 10:31 PM
for everyone
Best Regards
Muhd Badruddin
Facility Department

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong.
Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.


1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia.
Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100 2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Anda tau tak wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas.

Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh: macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005
.
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan

Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79



So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79 = RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

--- End forwarded message ---

aabab01 wrote on Apr 3
wow juga..
Comment deleted at the request of the author.
melatidesa wrote on Apr 3
Hmm....ati tumpang tengok figure besar tu je lah bang..
nazryfjr wrote on Apr 3
banyak bangat belanjanya ya..kalo sultan sultan itu semua digantikan dengan hanya dengan seorang president perbelanjannya mungkin boleh dihematkan ya..Pak Lah itu bermati matian mau berpaut pada jawatannya itu karena gajiannya itu besar..padahal sudah banyak pihak menuntut perletakan jawatannya dia..
wardun wrote on Apr 4
fuyoo...banyaknya...minta sikit boleh?
aah15037 wrote on Apr 5
Biarlah...... rezeki mereka..... janji negara kita aman.... boleh cari rezeki dengan senang... cukuplah! kat akhirat nanti pun depa kene tanggung lebih jugak! syukur atas apa yang tuhan berikan pada kita! kesenangan x boleh diukur dengan wang ringgit!
shuhmy wrote on Apr 5
Kenaikan gaji pekerja sokongan diutamakan
Tarikh: Wednesday, March 07 @ 19:45:00 MYT
Tajuk: Info Umum

Kenaikan gaji pekerja sokongan diutamakan
Oleh Shamsul Kamal Amarudin (Berita Harian - Sabtu, 3 Mac 2007)

Ipoh: Kira-Kira 600,000 kakitangan sokongan perkhidmatan awam dijangka mendapat manfaat besar jika kerajaan meluluskan Memorandum Semakan Gaji Anggota Sektor Awam yang dikemukakan oleh Ceupacs selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Selasa ini.

Presidennya, Omar Osman berkata kumpulan rendah itu terdiri daripada kakitangan Gred 1 hingga 16 yang mempunyai gaji permulaan RM485 dan gaji maksimum RM1,000.
Katanya mereka yang menyandang jawatan seperti Pemandu dan Pembantu Am Rendah serta berkelulusan Penilaian Menengah Rendah, dianggap kumpulan paling kritikal yang memerlukan peratusan kenaikan gaji paling tinggi iaitu 40%. “Walaupun peratusan itu agak tinggi, kami menganggap ia wajar dan boleh mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan terutama yang bekerja di Lembah Klang. “Sehubungan itu, kami berharap pertemuan 11 ahli jawatankuasa Ceupacs Dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 6 Mac ini dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk kakitangan awam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat Semakan Gaji dan Isu Semasa di Wisma Kastam disini, semalam.

Perasmian majlis itu disempurnakan Pemangku Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBC), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Omar. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata kerajaan sedang menimbang serius tuntutan Ceupacs itu kerana mereka mempunyai alasan kukuh.

Dalam memorandumnya, Ceupacs menuntut semakan gaji antara 5 hingga 40 peratus bagi 1 juta kakitangan awam. Ceupacs menuntut kenaikan gaji 40 peratus bagi Gred 17 hingga 26, Gred 27 hingga 40 (30 peratus), Gred 41 hingga 54 (20 peratus) serta Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan ke atas pada kadar lima hingga 10 peratus.
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help