Blog EntryMENYELUSURI SUNNAH RASULULLAHDALAM IBADAH KORBANNov 23, '07 3:48 AM
for everyone

 

 


MENYELUSURI SUNNAH RASULULLAHDALAM IBADAH KORBAN

 

Di-Edit Semula Dari Kertas Kerja asal milik al-Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri

 

Audio Kuliah (mp3) - [Download], Video Kuliah (WMV) - [Download]

 

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadat kita diterima atau ditolak oleh Allah S.W.T... Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadat tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba) sunnah Nabi s.a.w.

 

Sekiranya kedua syarat yang telah digariskan di atas atau salah satu darinya tidak dipenuhi, maka amal ibadat tersebut dianggap terbatal. Firman Allah S.W.T: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, 2)

 

Menurut Fudhail bin Iyaadh r.h: "Maksud 'amalan yang lebih baik' ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin Iyaadh)!  Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah. (Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258).

 

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang terbaik kepada seluruh umat Islam. Hal ini adalah sebagaimana firman Allah S.W.T: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab, 21)

 

Begitu juga menurut suatu hadis riwayat Muslim, maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan menurut cara kami (yang tsabit) maka ia adalah tertolak. (Sahih Muslim, 1718).

 

Oleh itu sewajarnya dalam melaksanakan ibadat korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya untuk mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

 

Pertamanya, dalam persoalan hukum ibadah korban ini, para ulama telah berselisih pendapat dalam hal kewajiban penyembelihan binatang korban. Tetapi menurut pendapat yang lebih kuat (rajih) adalah hukumnya wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Lihat:  hlm. 26. Ali Hasan Ali Abdul hamid) Ini bermakna  setiap muslim yang berkemampuan wajib menunaikan kewajipan korban di setiap kali menjelangnya Aidil Adha (Hari Raya Korban).

 

 

 

 

Berkorban hanya sah dilakukan setelah selesai solat Hari Raya Idil Adha atau di hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Janganlah sekali-kali salah seorang antara kamu menyembelih korban, sehinggalah selepas selesai solat (Aidil Adha), (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

 

Allah Azza wa-Jalla telah memerintahkan agar orang-orang beriman berkorban setelah menjelangnya Idil Adha (Hari Raya Korban). Kewajipan berkorban telah disyariatkan sejak zaman Nabi Ibrahim alaihis salam. Umat Islam diperintahkan agar mengikut millah (agama) Nabi Ibrahim sebagaimana seruan Allah Azza wa-Jalla di dalam firman-Nya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu hendaklah mengikut millah (syariat) Ibrahim yang berdiri teguh atas jalan yang benar, dan bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. (An-Nahl, 123)

 

Perintah Allah Tabaraka wa-Taala menunjukkan tentang wajibnya berkorban, sehingga Nabi Ibrahim alaihis salam sanggup menyembelih anak kesayangannya kerana mentaati dan menunaikan perintah Allah Azza wa-Jalla kepadanya. Allah berfirman:

 

Maka tatkala anak itu (Ismail) sampai pada umur sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Ia menjawab: Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang yang benar! (As-Saffat, 37:102)

 

Jika Nabi Ibrahim alaihis salam sanggup mengorbankan satu-satunya anak yang tersayang, Nabi Ismail pula sanggup mengorbankan nyawanya yang tak ternilai kerana taat menunaikan perintah Allah dan cintanya kepadaNya, maka dimana bukti cinta seseorang yang mengaku beriman terhadap Rabbnya, mengapa tidak mengorbankan sedikit dari hartanya, iaitu dengan menyembelih seekor binatang korban di Idil Adha.

 

 

 

 

 

DALIL-DALIL MENUNJUKKAN TUNTUTAN BERKORBAN

 

Antara dalil-dalil syara, fatwa dan pendapat para ulama Salaf as-Soleh yang mewajibkan berkorban setelah ada berkemampuan ialah:  Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu. (Al-Kausar, 2)

 

Menurut Rabiah, Al-Auzai, Abu Hanifah, al-Laith dan sebahagian para pengikut Malikiyah bahawa berkorban hukumnya adalah wajib bagi setiap ahli keluarga yang mampu. (Lihat: (1). Bidayah al-Mujtahid. 1/314. Ibn Asyd. (2). Al-Fikhul Islami wa-Adillatuhu. Juz 3/595-597. Dr. Wahbad az-Zuhaili) Antara dalil-dalil mereka yang menunjukkan wajibnya berkorban kepada sesiapa yang berkemampuan ialah: Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu.

 

Dari Ibnu Umar radiallahu anhuma berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah menetap (mukim) di Madinah selama sepuluh tahun, baginda tetap menunaikan korban. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

 

Dimasa Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, setiap seseorang lelaki berkorban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya. (H/R Tirmizi, kitab al-Adhahi 2/1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 2/2546 (dengan sanad yang sahih). Hadis ini disahihkan juga oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

 

Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah). (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah. Hakim (disahihkan oleh beliau))

 

Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampua n (rezeki untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-Idain, hlm. 26)

 

Telah dijelaskan dalam kibab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa: Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban). (Lihat: Subulus Salam, 4/169)

 

Bahawasanya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam telah berkorban untuk orang yang belum berkorban dari umatnya dengan seekor kambing kibasy. (Hadis Riwayat al-Barra bin Azib)

 

Dari Ibnu Abbas radiallahu anhu berkata: Kami bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam di salah satu perjalanan (safar), kemudian tiba Hari Raya Korban, maka kami berkongsi tujuh orang pada seekor lembu dan sepuluh orang pada seekor unta. (Hadis Riwayat at-Tirmizi, 1213. Dan disahihkan oleh al-Albani)

 

Dari Jabir radiallahu anhu berkata: Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam di Hudaibiyah, iaitu unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

 

Imam Malik rahimahullah berkata: Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya). (Lihat: 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

 

Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum berkorban adalah sunnah, bukan wajib. Inilah antara pendapat Imam Syafie rahimahullah. Namun setiap kata-kata dan pendapat boleh diterima dan ditolak, kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam.

 

 

 

 

 

WAKTU MULA MENYEMBELIH KORBAN

 

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat Hari Raya. Tidak dihukum sebagai ibadah korban bagi sesiapa yang menyembelih sebelum selesainya solat Aidil Adha. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:  Baginda bertanya apakah (disembelih) sebelum solat? Ia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Itu adalah daging kambing (sedekah) yang bukan kambing korban.

 

Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Hari Raya Korban) ialah kita solat, kemudian menyembelih (binatang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu dia telah mendpatkan sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan bagi keluarganya, bukan termasuk binatang korban sedikitpun. (Hadis Riwayat Muslim, 1961)

 

Barangsiapa yang menyembelih sebelum kami bersolat, maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya.

 

Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (solat Hari Raya), maka hendaklah dia mengulanginya . (Hadis Riwayat Bukhari, kitab Al-Adahi, 5561. Muslim, 1962)

 

Sesiapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang menyembelih sesudah solat dan dua khutbah, maka sesungguhnya sempurnalah ibadahnya dan tepatlah menurut sunnah orang-orang Islam. (Hadis Riwayat Bukhari)

 

 

 

 

HARI UNTUK MELAKSANAKAN BERKORBAN

 

Hari yang diizinkan menyembelih korban ialah hanya pada hari hari Tasyriq, iaitu sampai terbenamnya matahari diakhir hari Tasyriq. Demikianlah dari Ali bin Abi Talib, pendapat mazhab Hanafiah dan mazhab Syafieyah. (Lihat: Subulus Salam) Malah Imam Ahmad berpendapat seperti itu kerana beliau berkata: Ini adalah pendapat lebih dari satu sahabat Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam. Al-Atsram menyebutkan antara mereka ialah: Ibnu Umar dan Ibnu Abbas radiallahu anhuma. (Lihat: Zaadul Maad. 2/319)

 

Pendapat mereka ini ialah berpandukan kepada hadis-hadis Nabi sallallahu alaihi wa-sallam: Pada semua hari-hari Tasyriq adalah hari sembelihan (korban). (Hadis Riwayat Ahmad 4/8. Ibnu Hibban dan al-Baihaqi. Disahihkan oleh Syuaib al-Arnauth. Lihat: Zaadul Maadm, 11/318, Ibnul Qaiyim. Dan dihasankan oleh Sheikh Ali Hasan Abdul Hamid. Lihat: Ahkamul Iedain).

 

Dari Ibnu Umar berkata: Berkorban dua hari setelah hari Adha Masuk Hari Raya). (Hadis Riwayat imam Malik)

 

Sesiapa yang menyembelih dengan niat untuk berkorban selepas hari-hari yang dinyatakan di atas, iaitu setelah berlalunya hari Tasyrik, maka tidak lagi terhitung sebagai ibadah korban, kerana hari Tasyriq telah luput, maka sembelihannya hanya dikira sebagai sedekah, tidak dihukum sebagai ibadah korban.

 

HAIWAN YANG TIDAK CACAT

 

Haiwan yang ingin dijadikan korban tidak boleh cacat atau ada kekurangan, seperti kurus, pincang (tempang), berpenyakit, buta walau sebelah mata, hilang telinga, tanduk atau kakinya. Syarat-syarat ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:

 

Empat (jenis binatang) yang tidak dibolehkan dalam berkorban: Buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang (pincang) yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Hakim)

 

HADIS-HADIS LEMAH DALAM HAL INI

 

Hadis-hadis di bawah ini adalah hadis-hadis lemah. Walaupun sebahagian besar masyarakat Islam masih mengamalkan dan menerimanya sebagai hujjah dalam menunaikan ibadah korban, namun yang sebenarnya ia sama sekali tidak boleh dijadikan dalil/hujjah dan tidak boleh diamalkan untuk beribadah korban. Antara hadis-hadis berikut ialah:

 

Bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam melarang dari musfarah, al-mustasalah, al-bakhqaa, al-musyayaah dan al-kasirah. Al-musfarah ialah yang dihilangkan telinganya dari pangkalnya. Al-mustasalah ialah yang hilang tanduknya dari pangkalnya, al-bukhqaa ialah yang hilang penglihatannya dan al-musyayaah ialah yang tidak dapat mengikuti kelompok kambing kerana kurus dan lemahnya, dan al-kasirah ialah yang tidak berlemak. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam Dhaif Abu Daud, no 599. Hlm 2/4)

 

Saya membeli seekor kambing untuk berkorban, lalu serigala menerkamnya dan membaham punggungnya, kemudian aku tanyakan kepada Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, baginda bersabda: berkorbanlah dengannya. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Lihat: Daif Ibnu Majah no. 679)

 

Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam menegah seseorang berkorban dengan binatang yang terpotong tanduk dan telinganya. (Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, hadis in adalah mungkar. Lihat: Irwaul Galil 4/1149)

 

Oleh kerana hadis-hadis di atas adalah lemah, maka binatang yang sengaja dipotong tanduknya, ekornya atau diberitanda (ditindik) di telinganya kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka ia dibolehkan untuk dijadikan binatang korban.

 

Adapun binatang yang cacat sejak dilahirkan, dicacatkan tanpa ada sebab atau dicacatkan oleh gigitan binatang buas, maka ia tidak boleh dijadikan ibadah korban.

 

PERKARA-PERKARA YANG SUNNAH

 

Ada beberapa perkara yang disunnahkan bagi mereka yang melakukan korban, antaranya:

 

1 - Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:

 

Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya. (Hadis Riwayat Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah)

 

Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban. (Hadis Riwayat Muslim)

 

Menurut Imam Nawawi rahimahullah: Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan. (Lihat: Syarah Muslim 13/138)

 

Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah: Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah memohon ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau terlupa. (Lihat: Al-Mughni 11/96)

 

2 - Makan daging sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih: Makanlah sebahagian daripadanya, dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. (Al-Haj, 22:28)

 

Bahawa Nabi sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Makanlah (dagingnya), simpanlah (jika ada yang lebih) dan bersedekahlah . Hadis Riwayat Bukhari 5569. Muslim 197)

 

Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam memerintahkan aku untuk menyemblih binatang korbannya dan membahagi-bahagikan dagingnya, kulitnya dan alat-alat yang melindungi tubuhnya. Dan tidak memberi (sebagai upah) tukang sembelih sedikitpun dari korban tersebut. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Menurut pendapat jumhur ulama, setiap yang bermanfaat yang datangnya dari tubuh binatang korban tidak boleh diperjualbelikan. Tukang sembelih yang diupah untuk menyembelih tidak mendapat daging korban dan tidak boleh diupah dengan daging korban, tetapi yang dia dapat hanyalah upah dari yang berkorban sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis di atas.

 

3 - Disunnahkan bagi yang berkorban menyembelih sendiri binatang sembelihannya, atau mewakilkan kepada orang lain (Lihat: hlm. 77. Sheikh Ali Hasan al-Halaby) jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.

 

Untuk memperlihatkan syiar Islam, maka disunnahkan agar menyembelih di musalla (di tanah lapang yang digunakan untuk solat). Ini berdalilkan hadis dari Ibnu Umar radiallahu anhu dari Nabi sallallahu alaihi wa-sallam: bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di Musalla”. (Hadis Riwayat Bukhari)

 

MENYEMBELIH SECARA SUNNAH

 

Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam, tidak boleh menggunakan pisau yang diperbuat daripada tulang. Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar . Baringkanlah binatang korban pada sebelah sisi kirinya agar mudah memEgang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri, sebagaimana hadis Rasulullah:

 

Dari Anas radiallahu anhu, bahawasanya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam menyembelih dua ekor kibasy yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

 

Selain menggunakan pisau yang tajam semasa menyembelih, maka disyariatkan agar mencontohi cara atau sifat penyembelihan Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, iaitu membaca Bismillahi Allahu Akbar, kerana menurut riwayat yang sahih baginda membacanya ketika menyembelih binatang korban. Antara hadis-hadis yang menjelaskan demikian ialah:

 

Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya. Dan barangsiapa yang belum memyembelih hingga kami selesai solat, maka hendaklah dia menyembelih dengan menyebut nama Allah . (Hadis Riwayat Bukhari no 5562. Muslim no 1960)

 

Dari Jabir radiallahu anhu berkata: Aku bersolat ˜Idil Adha bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, setelah selesai solat, didatangkan kepadanya seekor kibas, maka baginda menyembelihnya dan membaca: Bismillahi Wallaahu Akbar. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

 

TIDAK MEMBERIKAN DAGING KURBAN SEBAGAI UPAH

 

Nabi s.a.w. pernah menyuruhku untuk menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya, dan aku tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih dari haiwan korban tersebut. Dan dia mengatakan: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (Hadis Riwayat Muslim, 1317)

 

SATU SEMBELIHAN UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA

 

Seekor binatang korban, sama ada kambing atau lembu, boleh dikongsi pahalanya untuk dirinya, untuk orang-orang yang dalam tanggungannya dan untuk kesemua ahli keluarganya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing. Kerana seorang ketua keluarga mewakili seluruh keluarganya apabila dia berkorban. Ini berdasarkan hadis:

 

Berkata Ata bin Yasar: Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari bagaimana sifat sembelihan dimasa Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam? Beliau menjawab: Jika seseorang berkorban seekor kambing, maka untuk dia dan semua keluarganya. Kemudian mereka makan dan memberi makan dari korban tersebut. (Hadis Rriwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, Malik dan al-Baihaqi. Dengan sanadnya yang hasan)

 

Namun, tidak ada larangan jika setiap individu dalam sebuah keluarga berkorban seekor kambing setiap seorang. Wallahu alam, walhamdulillahi, was-salatu was-salamu ala Rasulullah.

 

SUMBER: http://fiqh- sunnah.blogspot. com/2007/ 11/058-menuntuni -sunnah-dalam- ibadah.html

 

@an-Nawawi

YM: nawie83@yahoo. com

http://groups. yahoo.com/ group/PMH- UiTM

http://www.geocitie s.com/nawie83

http://aqidah- wa-manhaj. blogspot. com

http://an-nawawi. blogspot. com

http://bahaya- syirik.blogspot. com

http://fiqh- sunnah.blogspot. com

 

 


 

 

 

ASAL PENSYARI’ATAN KURBAN

Oleh Dr Abdullah bin Muhammad Ath-Thayyar

www.almanhaj. or.id

 

Kurban disyariatkan berdasarkan dalil Al-Qur’an, As-Sunnah dan Ijma’

Dari Al-Qur’an adalah firman Allah Ta’ala

 

“Artinya : Maka dirikanlah shalat karena Rabb-mu, dan berkurbanlah” [Al-Kautsar : 2]

 

Ibnu Katsir Rahimahullah dan selainnya berkata, “Yang benar bahwa yang dimaksud dengan an-nadr adalah menyembelih kurban, yaitu menyembelih unta dan sejenisnya” [1]

 

Sedangkan dari sunnah adalah perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Anas Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

 

“Artinya : Beliau menyembelih dua ekor kambing bertanduk dan gemuk dan beliau membaca basmalah dan bertakbir” [2]

 

Demikian juga hadits dari Al-Barra bin Azib Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata :

 

“Artinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah kepada kami di hari raya kurban, lalu beliau berkata, ‘Janganlah seorang pun (dari kalian) menyembelih sampai di selesai shalat’. Seseorang berkata, ‘Aku memiliki inaq laban, ia lebih baik dari dua ekor kambing pedaging’. Beliau berkata, ‘Silahkan disembelih dan tidk sah jadz’ah dari seorang setelahmu” [3]

 

Dan dari ijma’ adalah apa yang telah menjadi ketetapn ijma’ (kesepakatan) kaum muslimin dari zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai sekarang tentang pensyari’atan kurban, dan tidak ada satu nukilan dari seorang pun yang menyelisihi hal itu. Dan sandaran ijma’ tersebut adalah Al-Qur’an dan As-Sunnah.

 

Ibnu Qudamah Rahimahullah mengatakan dalam Al-Mughni, ‘Kaum muslimin telah sepakat tentang pensyariatan kurban [4]. Sedangkan Ibnu Hajar Rahimahullah mengatakan, “Dan tidak ada perselisihan pendapat bahwa kurban itu termasuk syi’ar-syi’ar agama [5].

 

HIKMAH PENSYARIATAN KURBAN

 

Allah Subhanahu wa Ta’ala mensyariatkan kurban untuk mewujudkan hikmah-hikmah berikut.

 

[1]. Mencontoh bapak kita Nabi Ibrahim “Alaihis Salam yang diperintahkan agar menyembelih buah hatinya (anaknya), lalau ia meyakini kebenaran mimpinya dan melaksanakannya serta membaringkan anaknya di atas pelipisnya, maka Allah memanggilnmya dan menggantikannya dengan sembelihan yang besar. Mahabenar Allah Yang Mahaagung, ketika berfirman.

 

“Artinya : Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata, ‘Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ Ia menjawab, ‘Hai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar’. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipis(nya) , (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia, ‘Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah mebenarkan mimpi itu’, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar” [Ash-Shaaffaat : 102-107]

 

Dalam penyembelihan kurban terdapat upaya menghidupkan sunnah ini dan menyembelih sesuatu dari pemberian Allah kepada manusia sebagai ungkapan rasa syukur kepada Pemilik dan Pemberi kenikmatan. Syukur yang tertinggi adalah kemurnian ketaatan dengan mengerjakan seluruh perintahNya.

 

[2]. Mencukupkan orang lain di hari ‘Id, karena ketika seorang muslim menyembelih kurbannya, maka ia telah mencukupi diri dan keluarganya, dan ketika ia menghadiahkan sebagiannya untuk teman dan tetangga dan kerabatnya, maka dia telah mencukupi mereka, serta ketika ia bershadaqah dengan sebagiannya kepada para fakir miskin dan orang yang membutuhkannya, maka ia telah mencukupi mereka dari meminta-minta pada hari yang menjadi hari bahagia dan senang tersebut.

 

HUKUM BERKURBAN

 

Para ulama berbeda pendapat tentang hukum kurban menjadi beberapa pendapat, yang paling masyhur ada dua pendapat, yaitu.

 

Pendapat Pertama

Hukum kurban adalah sunnah mu’akkadah, pelakunya mendapat pahala dan yang meninggalkannya tidak berdosa. Inilah pendapat mayoritas ulama salaf dan yang setelah mereka.

 

Pendapat Kedua

Hukum kurban adalah wajib secara syar’i atas muslim yang mampu dan tidak musafir, dan berdosa jika tidak berkurban. Inilah pendapat Abu Hanifah dan selainnya dari para ulama.

 

Setiap pendapat ini berdalil dengan dalil yang telah dipaparkan dalam kitab-kitab madzhab. Pendapat yang menenangkan jiwa dan didukung dengan dalil-dalil kuat dalam pandangan saya bahwa hukum kurban adalah sunnah mu’akkadah, tidak wajib.

 

Ibnu Hazm Rahimahullah berkata, “Kurban hukumnya sunnah hasanah, tidak wajib. Barangsiapa meninggalkannya tanpa kebencian terhadapnya, maka tidaklah berdosa [6]

 

Sedangkan Imam An-Nawawi Rahimahullah mengatakan, “Para ulama berbeda pendapat tentang kewajiban kurban atas orang yang mampu. Sebagian besar ulama berpendapat bahwa kurban itu sunnah bagi orang yang mampu, jika tidak melakukannya tanpa udzur, maka ia tidak berdosa dan tidak harus mengqadha’nya. Ada juga pendapat yang mengatakan bahwa kurban itu wajib atas orang yang mampu. [7]

 

[Disalin dari kitab Ahkaamul Iidain wa Asyri Dzil Hijjah, Edisi Indonesia Lebaran Menurut Sunnah Yang Shahih, Penulis Dr Abdullah bin Muhammad bin Ahmad Ath-Thayyar, Penerjemah Kholid Syamhudi Lc, Penerbit Pustaka Ibnu Katsir]

 

 

Foote Note

 

[1]. Tafsir Ibni Katsir (IV/558), Zaadul Masiir, karya Ibnul Jauzi (I/249) dan Tafsiir Al-Qurthubi (XI/218]

[2]. Hadits Riwayat Bukhari dan Musim lihat Fathul Baari (X/9) dan Shahih Muslim bi Syarh An-Nawawi (XIII/120).

[3]. Hadits Riwayat Al-Bukhari dan Muslim lihat Fathul Baari (X/6) dan Shahihh Muslim bi Syarh An-Nawawi (XIII/113)

[4]. Al-Mughni (VIII/617)

[5]. Fathul Baari (/3)

[6]. Al-Muhalla (VIII/3)

[7]. Shahiih Muslim bi Syarh An-Nawawi (XIII/110) dan lihat dalil dua pendapat ini dan perdebatannya dalam Fathul Baari (X/3), Bidaayatul Mujtahid (I/448), Mughniyul Mubtaaj (IV/282) Majmu Al-Fatawaa (XXVI/304), Al-Mughni dan Syarhhul Kabiir (XI/94) dan Al-Mughni (VIII/617) dan setelahnya.

 

 


shuhmy wrote on Dec 11, '07
Berkongsi Melakukan Korban dan 'Aqiqah
Contributed
Soalan: Bolehkah berkongsi seekor lembu untuk dibuat korban dan 'akikah sekali ?

Jawapan:

Jumhur ulama berpendapat boleh melakukan 'akikah dengan seekor kambing, unta atau lembu, akan tetapi mereka berbeza pendapat, adakah 'akikah mengambil hukum adhiyah (korban), atau sama dengan hukum korban, sehingga akikah boleh berkongsi pada seekor lembu atau unta?

Ini adalah masaalah khilafiyah, ulama-ulama mazhab al-Syafie berpendapat boleh kerana melihat akikah adalah sama dengan korban yang boleh berkogsi bahagian sepertimana yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi. Manakala ulama ulama mazhab Hambali dan Maliki berpendapat tidak boleh, jika seseorang hendak melakukan akikah dengan seekor lembu contohnya, ia hanyalah untuk seorang anak sahaja tidak boleh berkongsi bahagian kerana bagi mereka akikah tidak sama hukumnya dengan korban dalam bab bolehnya berkongsi bahagian.

Di dalam laman islam-qa menyebut: "dan yang lebih hampir, bahawasanya ia ('akikah) tidak boleh berkongsi (niat), dan inilah (mazhab yang lebih hampir kepada kebenaran) mazhab al-Malikiyyah dan al-Hanabilah." (lihat al- Mausu'ah al-Fiqhiyyah 30/279)

Ulama yang berpendapat tidak boleh berkongsi dalam melaksanakan 'akikah, melihat 'akikah adalah satu penebusan terhadap anak yang dilahirkan, maka seekor binatang yang disembelihkan untuk akikah adalah untuk seorang anak sahaja, kerana itu tidak terdapat dalil yang menunjukkan adanya perkongsian dalam melakukan akikah, maka ibadah hendaklah dibina atas dasar al-tauqif (mengikut dalil).

wallahu a'lam.

===========
Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah Korban dan Aqiqah.
By Mohd Yaakub Mohd yunus

Terdapat segelintir umat islam yang menggabungkan ibadah korban dan aqiqah dengan menggunakan formula dua dalam satu. Hal ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah s.a.w.. Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya Ahkamul Aqiqah berkata:

“Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat aqiqah dengan korban. Sebab aqiqah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekaligus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah s.a.w. dan Allah Ta’ala tidak pernah lupa.”

shuhmy wrote on Dec 11, '07
Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.”

- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317.
samribarik wrote on Aug 14
Assalam Alaikum, numpang mampir. sitenya bagus. jangan lupa mampir juga lho...tema site kita hampir sama...KORBAN !!!
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help