Blog EntryANAK SIAPAKAH INI?Apr 12, '08 12:43 PM
for everyone
ni den copy n paste yo ni...samo2 la kito baco,kaji dalam2 supayo samo2 dapat ilmunyo ni ha...agak kalu ado yang tak sotuju tu buleh la komen2 sikit...samo2 kito monimbo 'elmu eh...

Hadhanah bermaksud pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.

Dalam Islam, tanggungjawab memelihara anak terletak dibahu ibu bapa. Apabila berlaku perceraian, timbul persoalan siapakah yang akan memikul tanggungjawab tersebut. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar: "Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: ´Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku´. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda: "Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain." (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis ini jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya. Pertimbangannya adalah kerana tugas mendidik anak sesuai dengan sifat lahiriah ibu yang lebih penyayang, lebih tahu dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya.

Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUKIS) 2003, ibu adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Namun begitu hak hadhanah yang diberikan kepada ibu boleh terlucut sekiranya si ibu tidak memenuhi salah satu syarat sepertimana berikut : "Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu."

Peruntukan Seksyen 83 EUKIS juga sejajar dengan maksud hadis di atas yang menyatakan bahawa seorang ibu itu akan hilang kelayakan menjaga anaknya jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, ibu itu berkelakuan buruk yang keterlaluan dan terbuka, ibu itu sering bertukar tempat tinggal (tempat bermastautin) bagi menghalang bapa kanak-kanak tersebut menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, ibu itu murtad dan ibu itu didapati cuai dan menganiayai kanak-kanak tersebut.

Walaupun demikian, perlu dijelaskan bahawa walaupun ibu telah berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, itu tidak bermakna hak jagaan anak akan berpindah kepada bapa kandung dengan mudah. Bekas suami perlu membuktikan bahawa perkahwinan semula bekas isterinya itu akan mengganggu anak mereka. Jika bekas suami ingin menggunakan mana-mana alasan di atas, mereka perlu mengemukakan bukti yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

Apabila ibu hilang kelayakan menjaga maka hak jagaan anak itu berpindah kepada waris terdekat iaitu:

  1. nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
  2. bapa;
  3. nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
  4. kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  5. kakak atau adik perempuan seibu;
  6. kakak atau adik perempuan sebapa;
  7. anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  8. anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
  9. anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
  10. ibu saudara sebelah ibu;
  11. ibu saudara sebelah bapa dan waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ´asabah atau residuari´.



Islam Yang Sebenar
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya."
 
Riwayat Bukhari
Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya.
ii) Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yang dilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.
iii) Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya, lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatan syirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya', ujub dan sebagainya. Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah seseorang itu melihat Allah serta meyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.
Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya."
 
Riwayat Ibn an-Najjar
Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
ii) Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.
iii) Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.

--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

themanfromheaven wrote on Apr 12
THANKS FOR SHARING
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help