Blog EntryPERKAHWINANDec 4, '07 6:39 AM
for everyone
 
 
 

PERKAHWINAN

Memang jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Tetapi tidaklah bermakna usaha dan ikhtiar langsung tidak diperlukan. Ertinya sesudah berikhtiar semampu mungkin, maka selepas itu terpulanglah pada Allah apa yang hendak ditakdirkannya.
 
Perkahwinan adalah penting. Ia adalah suatu pembentukan awal sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun. Dan ini sesuai pula dengan fitrah semulajadi manusia, iaitu memerlukan pasangan di dalam hidupnya. Oleh itu merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil. Hal yang paling penting ialah mencari jodoh. Siapakah bakal isteri atau suami yang hendak dipilih? Yang mana kalaulah terjadi salah pilih, maka kesannya sangatlah buruk, terpaksa menanggung derita dan seksa di duniahingga akhirat. Tiada bahagia dan kasih sayang. Rasulullah saw sudah berpesan tentang syarat memilih isteri. Sabda baginda: Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, Keranaharta, rupa, keturunan dan agamanya. Maka pilihlahyang baik agamanya.?
 
Fahamlah kita bahawa syarat penting memilih isteri atau suami ialah yang beragama. Dengan kata lain yang beriman dan yang mengamalkan syariat Islam. Kalaus yarat ini ada barulah kita fikirkan tentang hal-hal seperti rupanya, kekayaannya, keturunannya dan lain-lain. Tidak ada syarat lain lagi yang lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh baginda itu. Sebab,wanita beriman, walau dia kaya atau cantik, nescaya dia tetap merendah diri pada suaminya. Tidak akan dikecilkan hati suami lebih-lebih lagi tidak akan ia derhaka pada suami. Sebaliknya yang wanita cantik pada wajahnya tetapi tidak beriman selalunya membuat suaminya berkeadaan serba salah. Begitu juga wanita kaya yang tidak beriman, biasanya akan memperbudakkan suaminya.
 
Ini selalu terjadi di dalam masyarakat kita hari ini.Oleh kerana mereka berkahwin bukan kerana Allah, memilih pasangan pula bukannya kerana agamanya, tetapi kerana jawatan, gaji rupa dan lain-lain, ditambah dengan cara kenduri kahwin penuh kefasikan, maka hasilnya terjadilah seperti apa yang terjadi sekarang.
 
 
Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yang terkenal maka rumahtangga mereka akan berada dalam keadaan:
 
Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri. kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapan dengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra dan melayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suami dalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.

Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahnya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasa hina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. kalau pun kadang-kadang  ia tidak suka dengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa. Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri.  “Kita  balik kampung bang?“Kita keluar bang?“Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah,?dan sebagainya.
 
Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab, “Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti.?Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, “I ada ‘appointment' petang ini. “Sewaktu-waktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, “I nak siapkan ‘speech' untuk esok. Abang masuklah dulu?Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.
 
Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malam keluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali. Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami.
 
Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.

Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup, nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi kerana isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup.Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainya terhadap suaminya.
 
Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:

Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.

Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.

Isteri berani mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalu rasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan begini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri, suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.

Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurut saja. Ertinya suami belajar dengan isteri.

Kemuncak dari itu, ialah suami takut untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.
 
Kalau beristeri cantik

Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, maka suami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Sisuami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya.
 
Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dan kerenahnya. Minta itu minta ini, arah itu arah ini. kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. Kalau kemahuannya tidak diikuti dia mengugut hendak balik kampung atau minta cerai. Dia tahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendak dapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kata orang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.
 
Kalau beristeri kaya

Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri jadi ‘boss? boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi, suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketua rumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnya isterilah yang jadi ketua rumah, jadi queen control. Jadual dan program isteri yang tentukan.  Suami mengiyakan sahaja.
 
Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan:

Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat. Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni, kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya, nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.
 
Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengan suaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulah wanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasa bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagiakalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri. Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akan ditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam  lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.
 
Kisah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah,seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 pada isterinya. “Hadiah' katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.

“Hadiah apa ni' Ditanya kepada suaminya. Maka berkatalah suaminya, “Hadiah kerana tadi ketika saya balik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidur diluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal saya hadiah  RM50. Isterinya pun tersipu-sipu.
 
Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu, boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulah tidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.
 
Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaan pun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah dan syurgaNya. Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknya meninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggu suaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terus mengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayan suaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnya barulah dia bertanya, “Abang, kalau kita diberi pinjam sesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itu kepada tuan punyanya?. “Tentu sekali,?Jawab suaminya. Kemudian dia menyambung, “Allah telah meminjamkan kita seorang anak. Tapi sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita.? “Innalillah wa inna ilaihi raajiuun,? kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkan mayat anaknya pada suaminya.  Begitu mampunya wanita salehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik, melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu ini hingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian yang berlaku, susahkan sikap isteri.
 
Hari ini mana ada wanita salehah yang mengorbankan diri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkan keredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat kelak. Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkan suami untuk keuntungan dirinya kerana semata-mata memuaskan diri dan nafsunya.
 
Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kita beristerikan wanita salehah. Sekalipun wanita itu berpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kaya raya, namun dia tetap taat dan merendah diri pada suaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami (bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukar geran menjadi milik mutlak suaminya.
 
Lihat Sayidatina Khadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah. Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganya dikorbankan untuk membantu perjuanga Rasulullah saw. Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi setelah menjadi isteri Rasulullah saw, habis hartanya diserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah. Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanya satu bilik usang berpintu satu.
 
Sayidatina Aisyah,Ummul- Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut giat sama berjuang dengan mengorbankan segala kebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafatRasulullah, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalah isteri yang rela miskin dan bersusah payah untuk Islam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.
 
Itulah ciri dan contoh wanita beriman. Wanita beginilah yang mesti kita sediakan untuk diperisterikan. Sifat wanita beginilah yang mesti kita didik terhadap ahli keluarga kita. Agar rumah tangga kita nanti dan generasi akan datang adalah syurga kecil yang sementara, yang menjadi sumber tenaga buat kita dan keturunan kita berjuang mendapatkan syurga yang maha besar lagi kekal abadi di akhirat nanti.
.

 

 
            PAK KADRI
 
 
 
RE: RUMAHTANGGA : Isteri derhaka
 
Saudari Nurhaslinda, dan sahabat sahabat semua,
Saya amat bersimpati dengan nasib yang telah menimpa
kehidupan saudari , semoga akan terus tabah menempuh hari mendatang.
 
 
Saya dapat merasakan bahawa bukan hanya seorang dua yang telah
menimpa nasib yang sama seperti saudari, bahkan saya percaya, ramai yang telah melalui nasib yang seakan akan sama.Oleh kerana perkara ini telah berlaku , maseh berlaku, dan akan terus berlaku, saya paksakan juga diri saya ini untuk menulis, mudah mudahan akan ada kebaikannya. ...
 
Dari kesah yang saudari tuliskan dibawah ini saya memahamkan bahawa
ketika ini saudari telah pun bercerai dan sekarang ini bergelar seorang ibu tunggal. Saya memohon maaf sekiranya pemahaman saya itu tidak benar.
Namun saya tidak begitu pasti samada saudari yang meminta cerai atau suami saudari yang telah menceraikan saudari tanpa kerelaan saudari. Pun begitu berpandukan senario yang sering terjadi didalam masyarakat kita hari ini, saya membayangkan bahawa selepas mengetahui perhubungan sulit diantara suami saudari dengan seorang perempuan yang saudari katakan seorang perempuan yang berakhlak buruk itu, telah berlaku pertengkaran, tuduh menuduh, perkelahian, dan bermacam macam perkara lagi yang semuanya telah membawa kehancuran kepada ikatan perkahwinan
yang berakhir dengan perceraian sebagai jalan keluar atau penyelesaiannya.
 
InI LAH perkara yang sering terjadi (perceraian) dan telah menjadi lumrah, seolah olah airmata kesedihan yang tumpah samada dari pihak saudari, anak anak dan mungkin juga dipihak suami saudari samada ditunjukkan atau tidak, langsung lagi tiada memberi apa apa makna. (ini adalah isyarat bahawa kebanyakan dari hati manusia itu telah buta).
 
Cuba kita lihat kembali garis panduan dari Allah.......
 
apabila saudari bertengkar, memarah, menghina, mengungkit2 kebaikan saudari dihadapan suami saudari, bermakna saudari telah menderhaka kepada suami. Mungkin saudari akan memberi alasan bahawa suami saudari telah melakukan kezaliman maka saudari merasakan saudari berhak untuk menderhaka tetapi percayalah wahai saudari inilah salah satu daripada kesilapan ulama yang telah melampau lampau didalam penakrifan mereka terhadap penakrifan perkataan zalim terhadap isteri. Zalim terhadap isteri itu pada asalnya hanyalah jika ia melanggar hak2 yang sepatutnya diperolih oleh
isteri itu seperti perlindungan keselamatan (suami yg dayus, dibenar minta cerai), nafkah zahir dan juga atau bathin, atau menghalang dari melakukan kebaikan serta menyuruh melakukan keburukan.Saya percaya suami saudari tidak melakukan walau satu pun daripada perkara2 yang saya sebut diatas tadi dan jika saudari merasakan keselamatan saudari mungkin terancam akibat penyakit berjangkit seperti aids dan sebagainya, saudari maseh tidak boleh mengherdik, menghina, atau bertengkar dengan suami saudari kerana perkara itu masih belum terbukti atau masih belum terjadi maka ia patut diselesaikan dengan cara yang lebih terhormat dan bukannya dengan cara bertengkar dan menjatuhkan maruah sisuami yang mana inilah perkara utama yang akan menghapuskan rasa kaseh dan sayang suami terhadap isteri2 mereka.
 
Apabila saudari merasakan tiada lagi kebahgiaan akibat selalunya bertengkar maka saudari pun meminta cerai, maka bertepuk sorak lah segala saitan dan iblis meraikan kemenangan mereka lalu bergegar lah tiang arassy akibat daripada kemurkaan Allah yang amat sangat. dan  juga menandakan akan ada anak adam yang akan dilontar keneraka Jahannam Nauzubillahi minzalik.
 
Saudari mungkin akan berkata, bagaimana mungkin saya akan menjadi redha dengan perangai suami yang menduakan saudari didalam diam. Ya itulah ujian yang harus ditempuh dengan tenang dan tabah sebagai hantaran untuk melamar syurga Allah, dan Allah telah mengetahui perkara itu sejak dari sebelum manusia itu diciptakan lagi dan telah menyediakan ujian ujian yang berlainan tetapi tetap adil mengikut kemampuan manusia itu sendiri baik ia seorang lelaki mahu pun ia seorang perempuan untuk menguji dan seterusnya menjadi bukti bagi  tahap keimanan masing masing.
 
Sebalik dari semua itu cuba saudari renongkan semula apakah saudari lebih bahgia sekarang ini iaitu selepas perceraian itu. Adakah kehidupan saudari bertambah baik dengan sebab perceraian itu. Jika suami saudari benar2 zalim sudah tentu jawapannya YA !!! kerana saudari telah berasa selamat dari rasa akan terancam nyawa atau TERrasa dipaksa untuk mendurhakai Allah dan itu adalah tanda2 kemenangan saudari keatas syaitan
 
Tetapi saya percaya dan pengakuan saudari menjadi buktinya iaitu saudari maseh lagi didalam kekecewaan, kesedehan, kemurungan, kesusahan dan itu pula adalah tanda2 kemenangan Syaitan keatas anak adam.Tidak ada sesiapa pun yang akan bergembira apabila berlakunya perceraian melainkan Syaitan. Olih itu saya merasa amat hairan mengapa kita masih memilih untuk bercerai sedangkan kita tahu bahawa itu semua hanyalah akan memuaskan hawa nafsu sendiri yang bisikannya adalah datang dari Syaitan dan Syaitan itu telah pun kita ketahui adalah musuh kita yang paling utama tetapi kita masih mengikutinya , Bukankah itu bermakna hati kita itu telah menjadi Buta?/
 
Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung perasaan saudari dan maafkanlah saya kerana menyatakan sesuatu yang seolah olah menyalahkan saudari. Saya sebenarnya tidak menyalahkan saudari tetapi saya merasakan didalam hal perceraian ini Ulama2 ATAU PARA MUFTILAH yang harus disalahkan. Tetapi soalnya mahukah mereka mengaku salah dan bertaubat kepada Tuhan diatas kebodohan mereka dan masih sanggup untuk memikul beban konon untuk menegakkan Agama Allah?
 
Saya serahkan kepada sahabat semua untuk memikir dan merenongkannya.
 
 
MASALAH YANG DI PERSOALKAN

Nurhaslinda <nurhaslinda@ radicare. com.my> wrote:
Saya dah lalu sume ni¡­Saya ada ijazah dalam bidang perniagaan.Sebelum kahwin saya berjawatan dan berpendapatan yang agak lumayan.Saya berkahwin dengan seorang pemandu lori,6 tahun lalu.Untuk merapatkan jurang antara kami,saya menjadi surirumah sepenuh masa,merasa peritnya hidup membesarkan anak2 dengan pendapatan yang terhad.Tapi saya teruskan atas dasar ikhlas,jujur dan setia.Sehingga satu ketika saya dapati suami saya mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan yang berakhlak buruk..Dan suami sendiri tak menafikan tentang kecurangan itu dan meneruskan walaupun tahu tentang latar belakang perempuan itu.Saya putus harapan kerana 6 tahun saya mengasingkan diri dari dunia luar dan menjadi seorang isteri dan ibu dengan harapan dapat membina keluarga bahagia.Saya tidak mempunyai sumber pendapatan,tak tahu apa yang berlaku didunia luar dan takut untuk keluar dari kepompong dek terlalu lama dirumah.Masa tu terasa sia-sianya pengorbanan¡­Sekarang walaupun saya masih dibelengu masalah yang sama tapi saya belajar untuk keluar dari penderitaan saya. Saya keluar bekerja.walaupun sekadar kerani berbanding ijazah yang saya dapat¡­sukar mendapat jawatan baik kerana tiada pengalaman.Walaubag aimanapun saya dapat menyara anak-anak saya dan diri sendiri. Moral of the story¡­kepada semua wanita,kita tak tahu masa hadapan kita,walaupun hari ini kita terlalu yakin..Jangan sekali2 mengorbankan kehidupan yang kita ada hari ini semata2 utk masa hadapan yg kita tak pasti lagi...Yang penting ikhlas dan jujur...

Re: RUMAHTANGGA : Isteri derhaka
Ya betoi.... isteri ni walau macam mana tinggi pun dia kat luar, balik rumah dia kena dok "bawah" jugak... tak kan itu pun tak tau kot....

sharifah hamidah sharidah78@yahoo. com> 8/8/2007 11:13 AM >>>
Tidak semua pendapat ini betul.  Ada ramai di luar ni isteri lebih berjawatan tinggi, cantik, kaya tapi masih hormat kepada suami!!!!.

Memang di tempat kerja isteri boss, tapi mereka ni pun ingat bahawa di umah mereka ada lah seorang isteri kepada suami nya dan ibu kepada anak2 nya.  Kalau isteri ada pegangan ugama, akhlak yang baik insyallah perkara seperti tu tak akan berlaku.  Cuma segelintir aje!  Jangan ambil borong semua ya.

Thank you.

aishamasrokhan wrote on Dec 4, '07
terima kasih sharingnya.....
emil3598 wrote on Dec 4, '07
nice sharing....
shuhmy wrote on Dec 13, '07
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help