ReviewReviewReviewkahwinDec 17, '07 9:21 PM
for everyone
Category:Other
Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda. "Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Wallahualam ...


Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,

"Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud,

"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah,

"Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?"

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

1. Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
2. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
3. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya :

"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."


ketutski wrote on Dec 17, '07
Hi...Bapak Shuhmy,
Bagaimana dengan lelaki yang belum kawin....apakah akan mendapat surga?
dody006 wrote on Dec 17, '07
Iya nih... soalnya aku masih bujang en belum ketemu jodoh.
rutatrix wrote on Dec 18, '07
pos baik...tk
sespi wrote on Dec 18, '07
Assalamualaikum wr wb. Subhanallah, mudah2an Allah memberikan jalan dan kemudahan kpd kita semua untuk menjadi ahli surganya, Allahumma amin.
shuhmy wrote on Dec 18, '07
"Bagaimana dengan lelaki yang belum kawin....apakah akan mendapat surga?"

Semuanya telah dijanjikan Surga oleh Allah tapi ingat "amar makrof nahi mungkar" itu adalah kuncinya.
shuhmy wrote on Dec 27, '07
Lelaki melayu Kahwin wanita Arab (18+)

Citernyer gini...Laki melayu nie kecik jer susuk badannyer, pi kerja kat negara Arab. Lama dia kerja
kat sana dan dia sempatlah berkenalan dengan sorang awek Arab. Tiga tahun berkawan,
depa pun mai kahwin kat Mesia. Tapi...bila kahwin, tetiba duduk dua hari saja depa dah bercerai..Tak taulah pasal apa depa bercerai...! Isyyyhhh! Isyhhh!Isyyhhh! !Kesiannyer rumah tangga dorg!

Tapi yg kata orang Mesia nie bijak-bijak semuanya, depa bulih agak pasai apa pasangan nie cerai berai. Pulak????Gini. ..

Peristiwa terakhir berlaku di airport. Si Minah Arab nie pun dah nak balik ke Arab, dia pun semasa naik tangga kapalterbang tue dia pun bye-byekanlah bekas lakinya tue.. Dia bye-bye gini, Dia angkat anak jari kelingking dia yg kecik tu, "Bye bye Bye Bye!!!"

Nampak minah arab tue,dok bye--bye perli, si bekas laki dia pun terus mengangakan mulutnya luas-luas dan dijelirnya lidah panjang-panjang...UmmmLirrr rr!!!!Besornya mulut dia dihalakan
ke arah exbininya tue!!!! He..he, ....walaupun tak dibagi tau ngan jelas naper perceraian berlaku, tapi rakyat Mesia sudah dapat mengesaninya. ..Sudah tau apa puncanya..!

Ha!!!!! Betui betuilah tueee!!!!! Memang betul apa yg cik adik cik abang sedang fikirkan...Otak baguih2
semua..Ha..Ha. .Ha.. !!
Add a Comment
How would you rate this thing? (optional)
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help