Mohamad Shuhmy's posts with tag: asri

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag asri
Blog EntryMencari Hikmah Dalam Menyampaikan RisalahMar 2, '08 11:14 PM
for everyone

Posted on Mar 02, 2008 under Ibadat |

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

 

Apabila dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w begitu ditindas di Mekah, maka baginda mencadangkan supaya sebahagian para sahabahnya berhijrah ke Habsyah. Ketika itu yang memerintah Habsyah adalah Najasyi, seorang raja yang terkenal bersifat adil. Kerajaan Habsyah adalah kerajaan Kristian dalam ertikata agama tersebut menjadi teras kerajaan.

Apabila para pembesar Quraish Mekah yang memusuhi Islam mengetahui bahawa sebahagian orang Islam berhijrah ke Habsyah, mereka mengambil langkah menghantar dua tokoh mereka yang hebat ketika itu; ‘Amr bin al-‘As dan ‘Abd Allah bin Abi Rabi’ah. Tujuan agar dapat dipujuk Raja Najasyi supaya ditangkap orang-orang Islam yang berada di sana dan diserahkan kepada pembesar Mekah.

Hadiah-hadiah mewah dibawa oleh kedua tokoh tersebut sebagai umpan bagi membuka laluan agar mereka dapat bertemu dangan raja. Orang-orang besar juga telah menerima habuan mereka. Kata kedua tokoh Quraish tersebut kepada Raja Najasyi: “Wahai Raja! Telah datang ke negaramu budak-budak yang bodoh. Mereka telah memecah belahkan agama kaum mereka dan tidak pula memasuki agamamu. Mereka membawa agama yang mereka ada-adakan yang kami dan engkau tidak kenalinya. Pembesar kaum mereka yang terdiri daripada bapa-bapa mereka, paman-paman mereka dan kaum keluarga mereka telah menghantar kepadamu utusan agar engkau mengembalikan mereka kepada kaum mereka. Mereka lebih tahu keburukan mereka itu”. Namun Najasyi mengambil langkah yang berhati-hati. Dia ingin menyoal siasat terlebih dahulu. Lalu dipanggil para sahabah Nabi s.a.w yang berhijrah ke negaranya dan ditanya mengenai agama mereka.

Di sini saya ingin menonjolkan jawapan yang diberikan kepada Najasyi oleh jurucakap umat Islam di Habsyah ketika itu; Ja’far bin Abu Talib. Ja’far ialah seorang sahabah Rasulullah s.a.w yang benar-benar memahami hakikat dakwah Islam ini. Dalam situasi yang genting dan sukar beliau memilih jawapan yang terbaik. Kerana, sebarang penerangan yang tidak memuaskan akan mengorbankan sekian ramai yang berhijrah ke sana .

Apabila Najasyi berkata kepadanya: “Agama apakah ini yang kerananya kamu telah pecah belahkan kaum kamu dan tidak pulak kamu memasuki agamaku?”. Lantas Jaafar bin Abu Talib pun memberikan jawapan yang sangat terpilih lagi menyentuh hati nurani Najasyi yang merupakan seorang Kristian ketika itu.

Kata Ja’far: “Wahai Raja! Kami dahulunya adalah kaum jahiliyyah; kami menyembah berhala, memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih), mendatangi perkara-perkara yang keji, memutuskan hubungan kekeluargaan, menyakiti hati jiran. Mereka yang kuat di kalangan kami menindas orang yang lemah. Begitulah keadaan kami, sehinggalah Allah menghantarkan kepada kami seorang rasul.

Kami kenal akan keturunannya, kami kenal akan benar cakapnya, kami kenal akan amanahnya, kami kenal dia seorang yang memelihara diri dari keburukan. Lalu dia menyeru kami kepada Allah agar kami meng’tauhid’kanNya dan menyembahNya; dia juga meminta agar kami tanggalkan apa yang kami dan keturunan kami sembah selain Allah yang terdiri daripada batu-batu dan berhala-berhala. Dia perintahkan kami supaya bercakap benar, tunaikan amanah dan hubungkan silaturrahim.

Dia melarang kami dari membuat perbuatan keji, perkataan dusta, memakan harta anak yatim, menuduh zina wanita-wanita baik. Dia menyuruh kami agar hanya menyembah Allah yang esa, tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu, dia menyuruh kami agar bersolat, berzakat dan berpuasa –lalu Ja’far menyebut beberapa ajaran Islam yang lain lagi-.

Lalu kami membenarkannya dan beriman dengannya, serta kami ikut agama Allah yang dia bawa. Maka kami hanya menyembah Allah, tidak mensyirikkanNya, kami haramkan apa yang dia haramkan dan kami halalkan apa yang dia halalkan. Tiba-tiba kaum kami memusuhi kami, mereka menyiksa kami, mengganggu kami dari agama kami.

Tujuannya, mereka mahu agar kami kembali menyembah berhala, menghalalkan segala kekejian yang pernah kami halalkan. Apabila mereka memaksa, menzalimi, menekan kami dan menghalang agama kami, lantas kami pun keluar menuju negaramu. Kami memilih engkau, dibandingkan yang lain. Kami ingin mendapatkan perlindungan engkau. Kami harap kami tidak dizalimi di sisi engkau, wahai Raja!”.

Lalu Najasyi bertanya: “Adakah bersamamu apa-apa yang datang daripada Allah?”. Jawab Ja’far: Ya!. Kata Najasyi: “Bacakan kepadaku”. Lalu Ja’far membaca Surah Maryam yang terkandung kisah Maryam dan Nabi ‘Isa a.s.. Bercucuranlah airmata Najasyi, juga para agamawan Kristian yang ada bersamanya. Maka Najasyi pun enggan menyerah orang-orang Islam kepada Quraish dan mempertahankan mereka. Bahkan dalam senyap, Najasyi menganut Islam. (lihat: Al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 97-99, Riyadh : Uli al-Nuha).

Saya menukilkan kisah ini sebagai satu gambaran betapa Islam yang indah perlu dipasarkan secara yang indah juga. Kejayaan Ja’far bin Abu Talib dalam peristiwa ini adalah kejayaan membentangkan Islam kepada lain yang mempotensi menerima kebenaran. Isu-isu yang disentuh oleh Ja’far memaut hati nurani Raja Habsyah Najasyi yang beragama Kristian. Latar pengetahuan dan anutan Najasyi terhadap agama Kristian diambil ruang oleh Ja’far untuk menekan persoalan-persoalan yang dia nyatakan. Demikian juga ayat al-Quran yang dipilihnya.

Islam dan umatnya yang disalahfahami hari ini memerlukan pendekatan Ja’far bin Abu Talib. Memahami sasaran dan memilih isu yang mampu merubah keadaan. Maka, daripada ancaman salah sangka dan penindasan kepada kejayaan membawa isu dan meraih perasaan dan minda Najasyi. Isu-isu yang dibawa oleh Ja’far benar-benar memukul perwakilan pembesar Quraish Mekah, menggambarkan keindahan Islam dan keperluan umat manusia kepadanya. Sekaligus menolak isu pepecahan yang dibangkitkan di pihak Quraish kerana telah terlukis dalam minda Najasyi bahawa keperluan untuk agama ini muncul lebih besar dari segala isu sampingan.

Penerangan itu juga berjaya menukar keadaan daripada pihak muslimin yang berada di pihak yang didakwa kepada pihak yang mendakwa. Maka dua perwakilan Quraish itu seakan secara tidak langsung dimasukkan ke dalam kandang orang salah. Inilah kebijaksanaan atau hikmah dalam memenangi pertarungan pengaruh. Tidak memerlukan maki-hamun atau cacian, sebaliknya memerlukan hikmah.

Justeru, penerangan tentang Islam tidak boleh dibuat secara semberono atau ‘cincai’, apatah lagi makian dan hamunan. Sebaliknya hendaklah dengan kekukuhan hujah dan alasan serta memahami latar belakang sasaran dan keadaan. Sebab itulah Allah menyebut: (maksudnya) Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125)

Kata al-Sa’di (meninggal 1376H): “Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya. Antara hikmah itu, berdakwah dengan ilmu bukan dengan kejahilan, memulakan dengan yang lebih penting dan apa yang berikutnya, menyampaikan apa yang lebih dekat kepada pemikiran dan kefahamannya, dengan cara yang lebih dapat diterima, dengan lunak dan lembut.

Adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka. Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas ( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut : Muassasah al-Risalah).

Ramai orang menganggap bahawa yang dikatakan hikmah dalam seruan dan dakwah itu bermaksud berlunak kata semata. Sebenarnya, hikmah kurang tepat untuk diterjemahkan sebagai lunak kata, atau lembut bicara semata. Hikmah dalam dakwah bermaksud perkataan atau tindakan yang sesuai dengan sasaran dakwah. Maka ia membabitkan persoalan ilmu perkara yang hendak didakwahkan, mengenali sasaran dakwah di sudut latarbelakang, suasana dan memilih pendekatan yang terbaik.

Boleh jadi pendekatan yang hikmah itu berlunak, mungkin juga bertegas. Mungkin pendekatan dakwah berhikmah seorang ayah kepada anak, tidak sama antara seorang anak kepada ayah, atau rakan kepada rakan. Juga mungkin tidak sama pendekatan dakwah pihak yang berkuasa dengan yang tidak berkuasa. Juga mungkin tidak sama pendekatan dakwah berhikmah kepada seseorang yang kita kenali dan yang belum kita kenali. Pendekatan bahasa dakwah kepada orang biasa, tentu tidak sama dengan kelompok intektual yang mempunyai kemampuan fikir yang tinggi. Sebab itu pendekatan Rasulullah s.a.w kepada masyarakat badawi tidak sama dengan orang kota .

Masyarakat berubah, bahasa dan pendekatan dakwah juga mesti berubah. Pendekatan zaman dahulu mungkin tidak sesuai untuk suasana yang baru. Maka kita tidak boleh menterjemahkan semua tindakan dakwah yang pernah dilakukan oleh jenerasi lalu. Ada orang umpamanya, ingin berdakwah secara tegas seperti yang dilakukan oleh Saidina ‘Umar, lalu apabila dia membaca Saidina ‘Umar pernah memukul orang tertentu maka dia pun memukul orang ketika berdakwah. Sedangkan dia tidak mengkaji suasana ‘Umar tidak sama lagi dengan suasana kita hari ini.

Tindakan yang dibuat oleh ‘Umar mampu menyebabkan orang ramai insaf. Apatah lagi dia seorang khalifah yang mempunyai kuasa dan umat Islam ketika itu berada pada zaman kegemilangannya. Sementara masyarakat kita tidak lagi seperti masyarakat ‘Umar, kuasa kita juga tidak seperti ‘Umar. Sementara umat Islam kita pula sedang berada pada zaman kelemahannya.

Maka tuntutan dakwah dengan hikmah itu menuntut agar usaha dakwah dalam bentuk ucapan atau tindakan itu adalah yang diyakini paling berkesan terhadap sasaran. Setelah kita berusaha mencari jalan yang terbaik dan berkesan, namun dakwah tetap ditolak, maka kita telah pun menunaikan amanah Allah dalam dakwah ini. Soal memberi hidayah yang sebenar, tidak berada di tangan kita. Kita telah membuat yang terbaik yang kita yakin.

Maka, memahami latar keadaan dan sasaran amat penting. Sebab itu dalam hadis: Daripada Abd Allah bin ‘Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi s.a.w., lalu datang seorang pemuda dan bertanya: Wahai Rasulullah! Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?”. Jawab baginda: “Tidak boleh”. Datang pula seorang tua bertanya Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?”. Jawab baginda: “Boleh”. Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua itu dapat mengawal dirinya” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Jawapan yang berbeza diberikan oleh Nabi s.a.w disebabkan oleh latar yang berbeza. Pemuda tersebut jika diberikan keizinan mungkin akan menyebabkan melakukan persetubuhan yang membatalkan puasa. Namun orang tua itu mampu menahan diri. Maka keduanya mendapat jawapan yang berbeza. Ini juga faktor yang menyebabkan sesetengah soalan-soalan yang sama yang ditanya oleh para sahabah diberikan jawapan oleh baginda berbeza-beza. Semuanya merujuk kepada persoalan kesan dan keperluan.

Maka pada zaman manusia ramai yang fobiakan dengan Islam, atau disalahfahamkan tentang gambaran Islam, maka pendekatan yang paling berkesan perlu dikaji dan disemak secara yang bersungguh-sungguh. Penerangan-penerang an Islam secara kuno dan kolot hendak dihapuskan. Islam tidak pernah kuno dan kolot, ia sentiasa mengatasi sempadan zaman dan tempat. Namun yang membawa bendera agama itu ada yang kadang-kala menjadikan Islam ini seakan kelihatan ketinggalan zaman.

Program-program agama dalam media-media kita sepatutnya dibuat penilaian semula sejauh manakah ianya mampu menghadapi cabaran kerencaman pemikiran dan tanggapan yang berbagai terhadap Islam dewasa ini. Siapakah golongan yang menonton program-program tersebut? Sejauh manakah ianya mampu menampilkan kewibawaan Islam untuk generasi baru?

Kadang-kala para penyampai mesej atau risalah Islam atau penceramah agama itu lebih parah untuk dibetulkan daripada orang yang hendak disampaikan itu. Sehingga terkadang kita hairan, apakah tujuan atau mesej yang hendak disampai? Lawak jenaka ke? Jual ubat ke? Cerita kartun ke? Balas dendam ke? Atau keagungan risalah atau mesej Islam. Entah berapa banyak ayat al-Quran dan sunnah yang begitu indah menjadi hodoh atau tawar disebabkan tafsiran atau gaya penerangan golongan yang kononnya ingin menyampaikan Islam.


Blog EntryPILIHANRAYAFeb 18, '08 7:33 PM
for everyone

PILIHANRAYA DAH HAMPIR
BUAT AKU LAGI PENING DAN PUSING
KEPALA AKU
NAK PILIH SIAPA


Get Viets , dogs missing
Get Bangla, girls missing
Get Indon, money, missing
Get Chinese , husband missing
Get African, wife missing
Now it's worse!

Get Razak, Mongolian missing
Get Toyo, temples missing
Get Samy, shares missing
Get Rustam, pigs missing
Get Zainudin, info missing
Get Nazri, truth missing
Get Khairy, akal missing
Get Hisham, keris ,missing
Get Soi Lek, Viagra missing
Get Dr M, memory missing
Get Ka Ting, do nothing
Get Badawi, always sleeping
Get Tsu Kun, LP missing
Get Nik Aziz, LC missing
Get Kit Siang, chilli padi missing
Ger Anwar, tilam missing
Alamak, betui-betui kepala pusing


Kepada semua warga MP yang dikasihi dan dihormati sekalian….

Sekadar berkongsi perasaan dan nasihat….

Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua warga e-kampung yang berkemampuan untuk mengundi samaada dari segi kenderaan dan sebagainya, ambillah kesempatan ini untuk mengundi… jangan lepaskan peluang anda untuk mengundi…. walaupun jauh ditempat orang… pulanglah ke kampung….

Satu perkara lagi, kepada mereka yang pulang kekampung samaada dengan kenderaan sendiri atau kenderaan awam, pastikan anda selamat sampai dan selamat kembali ke destinasi anda.

Kepada yang memandu kenderaan sendiri pandulah kereta anda dengan cermat dan berhati-hati, tumpukan perhatian kepada pemanduan, jika letih berhenti seketika, dapatkan minuman dan lelapkan mata untuk tempoh 10 minit bagi mengembalikan kesegaran badan dan minda.

Kepada yang menaiki kenderaan awam, pesan kepada pemandu supaya berhati-hati memandu…bagi mereka yang betul-betul duduk dibelakang pemandu..mainkan peranan anda…jangan tidur tetapi sebaliknya ajak pemandu tersebut berbual untuk keselamatan bersama…berkorban untuk penumpang-penumpang yang lain…besar pahalanya…

Mengundilah dengan bijak, buatlah pilihan berdasarkan Iman….ingat kita semua orang Islam..Hidup dan Mati kerana ALLAH..(Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahi rabbil alamin…)

Sekian, Wassalam…



Salam semua,
Bila nak mengundi nanti baca lah niat dulu,
"Sahaja aku ikut Barisan nak pangkah Pas kerana Keadilan,"
Jangan baca kuat kuat pelan pelan sudah.  Hee hee he he he !!!!!!!!!



KEDIAMAN NIK AZIZ

Gambar ni gua tangkap sendiri baru2 ni time nk tengok sendiri umah Nik Aziz...time tu (6-02-2008) gua ade kt kelantan so ambik kesempatan nk tengok sendiri umah Nik Aziz....gua tak tau selok belok kelantan tp berbekalkan semangat nk tengok sendiri gua pun akhirnya sampai setelah penat tanye orng...rupenya orng yg gua tanye tu pulak kakak@adik Nik Aziz (mengikut cerita org yg temankan gua).... kagum. .memang mengkagumkan. ..gua sendiri tak percaya inilah rumah beliau... dikelilingi oleh maahad darul annuar....ramai budak2 tahfiz dari pelusuk negeri belajar di situ....

Sempat jugak gua solat asar berimamkan Nik Aziz....dan diajak oleh anak beliau untuk naik ke rumah tetapi pada ketika itu Nik Aziz kurang sihat...jadi gua just bg sumbangan kecil untuk pembangunan Sekolah Maahad Darul Annuar kt situ...

Rumahnye tak besar...kecil. ..bumbungnya bercantum ngan mesjid...tak ada guard...bile ditanye mengapa dia cuma ckp dia berserah segala2nya kepada ALLAH...melihat keadaan rumah itu..hati betul2 tersentak... ini barula betul2 al ghazali...pertuturannye yg lemah lembut penuh dengan senyuman memang menyejukkan hati...anak2nya mengikut jejak beliau....

Gua doakan agar Nik Aziz dan rakyat kelantan berada dalam keadaan aman dan sejahtera... sentiasa di bawah lindungan ALLAH tak kirela apa pahaman politik sekali pun...tp gua betul2 kagum ngan nik aziz...wa caya sama lu nik aziz!!



Isu Undi, PIlihanraya & Wakil Rakyat :

Pandangan Ringkas

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net



Pilihanraya adalah suatu proses meraih sokongan dan keyakinanan rakyat bagi membolehkan seseorang calon dipilih mengetuai sesebuah kawasan-kawasan tertentu atau organisasi-organisa si tertentu, dengannya juga dipilih pimpinan sesebuah negara.

Adakah proses ini terdapat di zaman Nabi s.a.w ? Yang nyata, bentuk yang ada hari ini sememangnya tiada terdapat di waktu pemerintahan Baginda Rasululallah s.a.w.

Namun begitu, ini tidak semestinya menjadikannya sebagai haram, Islam melihat perkara ini kepada maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan itu dibuat.

Ia berbeza dengan hal ehwal ibadat yang tidak perlu dikaji hikmah tersirat bagi sesuatu pergerakan ibadah. Undi dan pilihanraya adalah tergolong dalam bab muamalat ( urusan hubungan manusia dengan manusia ) yang diberikan kelonggaran di dalam Islam yang mana
penentuan hukumnya adalah berdasarkan hikmah dan objektif yang ingin dicapai.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitab beliau "Fiqh Awlawiyyat fi Dhaw Al-Quran wa AS-Sunnah" pernah menegaskan kepentingan untuk memahami Maqasid berbanding hanya terikat dan memegang buta kepada nas zohir semata-mata. (rujuk bab Kepentingan Maqasid atas Zohir ).

Pilihanraya

Lalu dalam hal ini, maksud pilihanraya dan undi yang utama adalah proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat, dipercayai dan disenangi rakyat untuk diberi tugasan dan amanah pentadbiran kawasan dan negara.

Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas membolehkannya kerana ia hanyalah bentuk-bentuk dan alat bagi mencapai Maqasid as-Shariah, iaitu Negara yang mempunyai pemimpin, bukankah mempunyai pemimpin itu satu kewajiban.

Manifesto & Kempen

Rasulullah s.a.w semasa di permulaan dakwah juga melakukan kempen bagi menerangkan kepada rakyat Mekah malah luar Mekah agar meyakini baginda dan seterusnya menganut Islam. Justeru proses kempen adalah diterima dalam Islam selagi mana ia tidak berbohong melaluinya. Di zaman ini, amat perlu bagi rakyat untuk meneliti manifesto dan bukan
hanya terpesona dengan rupa wajah calon bertanding serta kandungan percakapannya semasa kempen.

Manifesto sepatutnya menjadi penentu utama samada kita diharuskan untuk mengundi seseorang calon itu atau tidak. Ia ibarat perlembagaan calon dan parti yang bertanding. Mungkin kita menemui manifesto yang menawan hati namun selepas itu track record serta kemampuan peribadi calon perlu diperhatikan pula.

Tidak wajar juga, untuk kita hanya menilai manifesto serta calon berdasarkan penilaian aqal serta material semata. Kerana sesuatu yang baik di sisi aqal dan mata kita kemungkinan sahaja tidak baik di sisi Allah swt, demikian sebaliknya. Bukalah hati dan iman bagi berperanan menentukan pilihan kita yang amat penting ini.

Memang benar, calon yang berkualiti perlu dititik beratkan, namun dalam konteks Malaysia hari ini, kehebatan calon sahaja tidak cukup untuknya berperanan, kerana ia akan terikat dengan manifesto partinya.
Kerana itu, manifesto serta dasar parti perlu dilihat selain kemampuan calon.

Perlu diingat bahawa Islam meletakkan pertimbangan utama undian atau kesaksian tidak boleh kerana selain dari Allah swt sebagaimana firman Allah :

Ertinya : ...persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah
niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. ( At-Talaq : 2)

Selain itu, tidak boleh pula rakyat tidak keluar mengundi sedangkan ia berkemampuan sebagaimana tidak harus saksi-saksi enggan memberikan penyaksian sebagaimana firman Allah terutamanya apabila diminta untuk membantu proses keadilan dan kebaikan.

Ertinya : ...dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barang siapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Amat jelas serta terang lagi nyata, sikap Islam terhadap penyaksian dalam hal hutang dan lain-lain isu yang berkaitan urusan muamalat sesama manusia (yang meliputi undian dan pilihanraya) adalah HARUS malah mungkin sampai ke tahap wajib menyertainya dan keluar mengundi apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang membawa
manifesto yang menjurus ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Penentu peribadi bagi calon sudah tentulah agama, pemikiran dan perjuangan seseorang calon itu. Kita tidak mahu bertanggung jawab kelak di akhirat kerana menaikkan calon yang menyukai kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w menyebut :-
Ertinya : "Orang yang menunjukkan (membawakan) ke jalan kebaikan akan
mendapat pahala sebagaimana orang yang melakukannya"

Demikian juga hadis :-
Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya dari pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dari pahala orang yang mengikutinya sedikit pun, barangsiapa yang mengajak kepada kejahatan maka keatasnya dosa sama seperti orang yang mengikutinya
tanpa mengurangkan sedikit pun dosa orang yang mengikutinya.

Undi kita termasuk dalam kategori hadis ini, jika kita mengundi calon baik dan dasar baik, hasilnya mereka mampu melakukan yang baik, maka kita turut mendapat keberkatan dan hasil pahalanya. Jika sebaliknya, kita juga menanggung akibatnya di barzakh dan akhirat.
Berhati-hatilah saudara dan saudari, jangan sampai kita mendapat DIVIDEN DOSA
berterusan akibat tindakan kita sendiri, iaitu undi.

Saksi
Oleh kerana kita yang mengundi dianggap sedang menjadi saksi terhadap calon atau parti calon dan manifesto calon. Justeru sebagai saksi kita tidak boleh mengundi secara sembrono, kita WAJIB menjadi saksi yang adil lagi amanah. Bagaimana caranya?

Jawapnya, kita wajib menilai apa yang terdapat disekeliling kita mengikut neraca Islam pertamanya dan realiti keduanya. Cuba perhatikan samada LIMA (5) asas utama yang perlu dijaga telah dijaga, iaitu Agama, Nyawa, Maruah dan keturunan, Harta. Perhatikannya dari
sudut kehendak Allah swt, kerana itulah yang bakal ditanya di alam barzakh dan akhirat kita.
Bukan penilaian dari kacata mata yang sama seperti George Bush.

Selepas penilaian, kita ibarat di mahkamah untuk 'testify against' atau 'support'. Saya hanyamemberikan panduan umum, keputusan di tangan anda.

Undi
Kaedah mengundi bagi urusan pilihanraya, adalah diterima oleh Islam memandangkan ia merupakan satu perkara baru dalam hal keduniaan serta tiada nas qat'ie yang melarang.

Selagi lagi diingatkan kaedah yang disebut oleh Imam As-Syatibi
ertinya : "Asal dalam urusan mualamat dan adat adalah merujuk kepada ma'ani (maqasid)". (Rujuk Al-Muwafaqat : 2/302).

Maka urusan hubungan politik seperti pilihanraya ini perlulah dilihat kepada maqasid juga, bukan sekadar berhujjah bahawa ia tiada di zaman Nabi ini.

Boleh dikatakan secara ringkas, bahawa Islam tiada masalah dalam menerima kaedah baru ini apatah lagi ia tergolong dalam perkara KESAKSIAN. Firman Allah :

Mafhum : "Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu"

Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap pemerintah yang dipilihnya untuk kebaikan diri mereka di dunia dan akhirat.

Walaupun sistem undian wakil rakyat ini boleh diteruskan, namun bagi memastikan ia menepati kehendak Islam ia perlu diletakkan beberapa syarat dan panduan, agar ia bertepatan dengan Islam sepenuhnya.

Ahli Parlimen & konsep `Al-Hakimiah Lillah' sewajarnya hanya bertindak seorang pimpinan seumpama gabenor wilayah di zaman khilafah Islam.

Dalam konteks zaman ini, ahli parlimen berkumpul di Dewan Rakyat bagi mewakili rakyat dalam beberapa perkara:

i. Menggubal dan memperbahaskan undang-undang baru.

ii.Mengawasi undang-undang yang digubal.Kedua- dua perkara tersebut
adalah termasuk didalam tugas pemerintah di bawah sebuah kerajaan Islam.

Sudah tentu gabenor-gabenor wilayah akan bertindak sebagai `ahli al halli wal aqd' iaitu kabinet utama khalifah. Tugasnya juga sama iaitu menggubal undang-undang baru yang tidak ditentukan oleh Allah secara qa'tie dan juga mengawasi undang-undang iaitu amar makruf nahi mungkar.

Cuma titik perbezaan ketara yang WAJIB DIFAHAMI ADALAH, ahli parlimen yang ada hari ini mungkin boleh bertindak menafikan `al-Hakimiyah Lillah' iaitu menafikan kuasa perundangan utama dan asas iaitu hak ALLAH. Sistem inilah yang menyebabkan terdapat para ulama semasa yang mengharamkan penyertaan pilihanraya.

Bagaimanapun Al-Qaradhawi berijtihad menyatakan harus menyertainya bahkan wajib jika dengannya boleh mengurangkan mudharat terhadap Islam..
DENGAN SYARAT HANYA MENGAMBILNYA SEBAGAI ALAT, TANPA REDHA DENGAN SISTEM INI, DAN SENTIASA BERUSAHA AGAR DAPAT MENGUASAI SUASANA PARLIMEN AGAR TIDAK MENAFIKAN HAK PERUNDANGAN MILIK ALLAH.

[Min Fiqh Ad-dawlah Fil Islam, Al-Qaradawi)

Jangan Menang Undi, Iman Tergadai

Selamat menggunakan seluruh pancaindera kita, terutamanya hati, iman, aqal dan minda dalam menentukan pilihan kita, pilihan kita juga adalah untuk menentukan bentuk Negara di masa akan datang serta untuk anak-anak kita yang tercinta.

Akhirnya, sekali lagi saya mengingatkan, jauhilah rasuah semasa pilihanraya. Kita tidak mahu musim pilihanraya menjadi asbab seseorang itu terhumban di dalam neraka dengan lebih lama. Disebabkan setiap kali pilihanraya rasuah diberi dan diterima, fitnah menjadi
mainan, bomoh dirujuk bagi mendapatkan `kuasa luar biasa'.

Hasilnya setiap kali pilihanraya berapa ramai yang jatuh syirik, menempah bilik neraka lebih lama dan menjauhkan diri dari Syurga, janganlah jual iman dan nilai diri hanya dengan beberapa ratus ringgit. Fikirkanlah. ...

Sekian

www.zaharuddin. net
18 Feb 2008





Pilihanraya ke 12 akan dijalankan pada 8 hb Mac 2008 nanti. Lebih

 seratus pertubuhan-pertubuhan Islam bergabung dan menyenaraikan

tuntutan pilihan raya

 nanti. Diletakkan di sini untuk rujukan semua.

 _____________________________________-

PILIHANRAYA UMUM KE -12
TUNTUTAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA



 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


MENYEDARI bahawa nilai-nilai Islam yang luhur merupakan ciri terpenting dalam pembentukan masyarakat Islam yang bermaruah dan peranan pemimpin amat penting dalam membentuk dan mencorakkan masyarakat ini.

MENERIMA hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi berparlimen yang memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan melalui proses pilihanraya.

MENGINSAFI bahawa hak untuk memilih kerajaan melalui pilihanraya perlulah dilaksanakan dengan penuh rasa sedar dan tanggungjawab.

MEYAKINI bahawa rakyat mempunyai kebebasan untuk memilih sebuah kerajaan yang baik dan berupaya untuk memenuhi aspirasi mereka.

Pertubuhan-pertubuhan Islam arus perdana, tokoh-tokoh masyarakat dan individu-individu yang prihatin mempertegaskan tuntutan-tuntutan berikut:

1.Mendaulatkan Islam Melalui Undang-Undang dan Pelaksanaannya

Islam mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem politik dan undang-undang di Malaysia. Perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan dan memperakui status institusi-institusi Islam serta memberikuasa kepada mahkamah-mahkamah syariah untuk melaksanakan undang-undang Islam. Kami menuntut agar kerajaan yang bakal dipilih:-

1.1 Mempertegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara majority Islam yang mengiktiraf peranan penting agama Islam dalam sistem politik, ekonomi dan undang-undang negara. Segala tuntutan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara secular mesti ditolak. Ini termasuk tuntutan untuk megujudkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bertujuan mempromosi hak kebebasan beragama berlandaskanfaham secular-liberal dan saranan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam.

1.2 Mempertahan dan mendaulatkan kesucian Islam serta menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang tindakan mempersendakan Islam secara lisan, cetak atau melalui media elektronik dan media siber, perlu ditangani secara tegas dan serius mengikut peruntukan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

1.3 Mempertahan dan memperkasa kedudukan kedudukan serta bidangkuasa Mahkamah Syariah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 121(1A) dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Sebarang pertikaian undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Kami juga menuntut:-

(a) Memperluaskan bidangkuasa jenayah dan mal Mahkamah Syariah di Malaysia melalui pindaan kepada Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri.
(b) Menyamatarafkan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil dari segi jawatan, penggajian dan kedudukan.
(c) Menyeragamkan undang-undang Islam seluruh negara.
(d) Mengujudkan Akta Profession Guaman Syarie bagi mengawalselia Peguam-Peguam Syarie seluruh negara.

1.4 Segera menggubal/mewartakan/melaksana undang-undang menghalang kegiatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam di seluruh negara selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Kami menyatakan kekecewaan atas kegagalan kerajan negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan yang sehingga kini masih gagal menggubal/mewarta undang-undang tersebut.

1.5 Meningkatkan tahap profesionalisme dan keberkesanan agensi-agensi Islam dalam mendaulatkan Islam di Malaysia. Kami menuntut supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri/ Majlis Agama Islam Negeri menggunakan peruntukan yang diberikan secara lebih berkesan untuk tujuan ini.

1.6 Memandangkan pengiktirafan "halal" menjadi satu tanda aras kepada kualiti dan kebersihan makanan untuk umat Islam dan bukan Islam, serta membuka pasaran yang lebih luas, kami menuntut agar Akta Makanan dan Pemprosesan Halal atau seumpamanya digubal supaya penguatkuasaan perihal makanan halal diketatkan dan mereka yang menyalahgunakan tanda halal dikenakan hukuman berat, termasuk hukuman penamatan perniagaan dan pemiliknya dipenjara.

1.7 Mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lessen perniagaan mana-mana majikan yang menyukarkan atau menghalang pekerja-pekerja Islam daripada mengamalkan tuntutan Islam seperti pemakaian tudung, menutup aurat, solat Jumaat dan lain-lain syiar Islam. Kami menyeru supaya kempen dilakukanbagi memboikot syarikat-syarikat yang mengamalkan dasar diskriminasi ini.

2. Pendidikan dan Da'wah

Seorang Muslim yang baik sudah pasti menjadi seorang warganegara yang baik. Proses pembentukan peribadi dan jatidiri Muslim yang baik perlu dilaksanakan melalui system pendidikan yang mementingkan pendidikan Islam dan penerapan nilai-nilai Islam. Dengan itu umat Islam di negara ini menuntut agar kerajaan yang bakal dipilih:

2.1 Memperkasa pendidikan Islam dalam system pendidikan nasional. Ini termasuk menambah sekali ganda waktu pengajaran Islam di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

2.2 Menjadikan Malaysia pusat antarabangsa bagi kecemerlangan pendidikan Islam dan perkembangan keilmuan Islam. Bagi tujuan ini, kerajaan yang bakal dilantik digesa mewujudkan geran khas penyelidikan ilmu-ilmu Islam serta menubuhkan Universiti Pendidikan Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi Islam Antarabangsa dan Universiti Pengurusan Islam Antarabangsa.

2.3 Mengembalikan serta menambah bantuan perkapita kepada Sekola-sekolah Agama Rakyat (SAR) dan memberikan bantuan buku teks secara percuma kepada pelajar SAR.

2.4 Menghentikan amalan diskriminasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak memberi peluang kepada murid-murid cemerlang UPSR dan PMR dari sekolah-sekolah agama swasta untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan MARA. Jabatan-jabatan pelajaran negeri juga digesa menghentikan diskriminasi terhadap murid-murid sekolah agama swasta dengan membenarkan mereka yang memenangi mana-mana pertandingan ko-kurikulum di peringkat negeri untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Ini memandangkan kecemerlangan dalam aktiviti ko-kurikulum turut diambilkira dalam kemasukan pelajar-pelajar ke institusi pengajian tinggi tempatan.

2.5 Kemudahan biasiswa yang dinikmati oleh pelajar-pelajar Melayu perlu diberikan kepada pelajar-pelajar Islam yang bukan berketurunan Melayu. Di samping itu, kerajaan yang bakal dipilih nanti digesa menambah jumlah penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikalangan pelajar-pelajar Islam/Melayu yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Amalan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar bukan Islam sejak akhir-akhir ini tidak sepatutnya menjejaskan peluang pelajar Islam/Melayu yang cemerlang untuk mendapat tajaan.

2.6 Menghentikan sikap apologetic Kementerian Pelajaran dalam menangani desakan kelompok secular dan bukan Islam yang menggesa supaya amalan-amalan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan dihentikan atas alasan untuk mengelak berlakunya pemisahan kaum dan agama. Amalan seperti bacaan doa dan sambutan Hari Kebesaran Islam perlu diteruskan kerana amalan-amalan murni ini sama sekali tidak menjejaskan keharmonian hubungan kaum dan agama, malah mendidik anak-anak menjadi insane yang berakhlak mulia.

2.7 Selaras dengan tanggungjawab menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar, kerajaan yang bakal dipilih dituntut untuk memperkasakan usaha-usaha da'wah Islamiah, terutamanya menerusi kerjasama erat dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini dengan memberikan peruntukan khas dan ruang pemerkasaan untuk membantu aktiviti yang
dijalankan.

2.8 Memastikan Kementerian Penerangan sentiasa memahami aspirasi dan sensitivity umat Islam dalam merangka dasar penyiaran dan melaksanakan program yang mampu membina masyarakat berakhlak mulia.

2.9 Memperbanyakkan program-program berunsur pendidikan Islam dan moral di stesen-stesen televisyen kerajaan dan swasta. Program-program Islam hendaklah disiarkan di waktu puncak bukan waktu tengah malam atau awal pagi. Azan hendaklah disiarkan pada setiap waktu solat.

2.10 Menghentikan program-program hiburan yang mempromosi budaya hedonism Barat.
Ini termasuklah program-program hiburan reality yang semakin mendapat tempat di stesen-stesen televsyen tempatan. Stesen televisyen khas untuk umat Islam perlu diujudkan.

2.11 Stesen televisyen swasta perlu mendukung aspirasi Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam pemilihan program mereka. Kami menuntut agar kerajaan yang bakal dipilih mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik lessen penyiaran keatas stesen televisyen yang melanggar etika ini.

3. Sistem Politik dan Tadbirurus yang Baik

Sistem politik dan tadbirurus yang baik merupakan syarat utama kejayaan dan kelangsungan sesebuah negara. Kebakikan rakyat akan terbela dengan kewujudan system politik yang adil, tadbirurus yang baik dan sistem penyampaian yang cekap. Oleh yang demikian, usaha-usaha mewujudkan sistem politik dan tadbiurus yang baik perlu dipergiatkan melalui tindakan-tindakan berikut:-

3.1 Membanteras amalan rasuah dan salahguna kuasa di kalangan penjawat awam. Pihak swasta yang menawarkan rasuah sebagai suatu budaya perlu dihukum secara tegas dengan mengheret pihak syarikat untuk turut bertanggungjawab.
3.2 Melantik penjawat –penjawat awam dan pemimpin- pemimpin kanan kerajaan dari kalangan mereka yang terbukti bersih daripada amalan rasuah ,salah guna kuasa dan salah laku moral .
3.3 Meningkatan penghayatan nilai – nilai Islam di kalangan kakitangan awam dengan memperbanyakkan program –program penghayatan Islam di Jabatan – jabatan kerajaan.

4. Memperkasa Masyarakat Sivil dan Menjamin Amalan Demokrasi Negara demokrasi yang stabil wujd apabila dibentuk hasil daripada mandat rakyat dan institusi masyarakat sivil mempunyai ruang yang luas untuk berperanan aktif dalam memperkasakan masyarakat dan membangunkan negara. Keabsahan politik pemerintah bergantung kepada keterbukaan ruang demokrasi , kesediaan pemerintah untuk bersikap responsif terhadap tuntutan rakyat dan kemampuan pemerintah menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara. Oleh yang demikian, upaya pemerkasaan masyarakat sivil perlu dilaksanakan dengan tindakan-tindakan berikut:-

4.1 Mewujudkan sistem pilihanraya yang benar-benar bersih, bebas dan adil. Pilihanraya mestilah berwibawa, bebas dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

4.2 Memilih calon-calon pilihanraya dari kalangan mereka yang berintegriti, berkemampuan dan bepekerti mulia.

4.3 Memastikan pemerintah melaksanakan kuasa berdasarkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

4.4 Membuka ruang yang luas kepada institusi-institusi masyarakat sivil untuk berperanan aktif dalam proses pemerkasaan masyarakat dan pembangunan negara.

5. Hubungan Kaum dan Agama

Sebagai sebuah negara majority Islam yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama, keharmonian hubungan kaum dan agama merupakan ramuan utama kestabilan politik dan ketenteraman awam. Kami mempertegaskan untuk menolak segala bentuk ekstremisme agama dan kaum yang sempit.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk pemimpin politik dan rakyat negara ini:-

5.1 Mempertingkatkan komitmen terhadap keharmonian hubungan antara kaum dan agama.

5.2 Menolak parti-parti politik dan pemimpin politik yang tidak sensitive terhadap kepentingan hubungan kaum dan agama. Ini termasuklah parti-parti politik dan pemimpin politik yang mempersendakan kedudukan istimewa Islam di Malaysia dan mempromosi hak individu dan kebebasan beragama tanpa batas yang bertentangan dengan nilai moral dan agama yang dipegang oleh majority masyarakat Islam di negara ini.

5.3 Menguatkuasa dengan tegas peraturan membina rumah ibadat tanpa mengira agama. Jika pihak berkuasa tegas melaksanakan peraturan membina surau dan masjid, mereka ternyata lemah apabila berhadapan dengan pembinaan rumah ibadat lain.

5.4 Memastikan pembinaan rumah-rumah ibadat mengambilkira sensitivity masyarakat setempat di samping mematuhi peruntukan undang-undang. Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil-wakil pertubuhan Islam dan pihak berkuasa tempatan perlu dibentuk untuk memperhalusi permohonan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti Islam.

6. Akidah dan Moral

Memelihara kesucian akidah dan ketinggian moral merupakan tanggungjawab paling utama setiap individu Muslim dan tanggungjawab kolektif masyarakat Islam. Pertubuhan-pertubuhan Islam menuntut kerajaan yang bakal dipilih:-

6.1 Menolak faham pluralism agama yang mengatakan bahawa semua agama adalah sama dari segi kebenarannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat berbilang agama.

6.2 Menolak usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mengelirukan umat Islam dengan pelbagai cara. Ini termasuklah dengan menggunakan perkataan-perkataan khusus seperti "Allah", "Ka'abah", "Baitullah" dan "Solat", yang telah digunapakai secara meluas oleh masyarakat Islam, untu merujuk kepada konsep-konsep tertentu dalam agama bukan Islam.

6.3 Menambah bilangan pegawai penguatkuasa agama dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam membanteras gejala maksiat dan salah laku moral. Kerajaan yang bakal dipilh hendaklah melaksanakan undang-undang anti maksiat yang sedia ada dengan tegas, telus dan berkesan.

Wassalam


PENAFIAN: Artikel yang disebarkan melalui mailing list
saifulislam.com tidak semestinya mencerminkan pendirian saifulislam.com melainkan email yang dihantar sendiri oleh webmaster ABU SAIF - (c) Saifulislam Online 2007 Hak Cipta Terpelihara

PRESS RELEASE: 20 FEBRUARI 2008 / 13 SAFAR 1429H



MALAYSIA'S 12TH GENERAL ELECTION: ISLAMIC NGOs ELECTION DEMANDS

In view of the upcoming general election, Malaysia's Islamic NGOs exercise their democratic right by calling upon political parties, election candidates and the future state and federal government to address issues concerning the interests of Islam, Muslim society and the nation. The calls for a responsive government which is receptive to the aspiration of the people and the Muslim majority contained in a document called "Malaysia's 12th General Election: Islamic NGOs Election Demands". The document is a product of a consensus reached through a series of consultation among Malaysia's main Islamic NGOs including Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Syari'e Lawyers Association of Malaysia (PGSM), Allied Coordinating Council of Islamic NGOs (ACCIN), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Muafakat Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) and Muslim Lawyers Association (MLA), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Teras Pengupayaan Umat (TERAS). (See the full list below).

The document comprises a host of demands which fall under six main items, namely the special constitutional position of Islam; Islamic education and da'wah (call to Islam); good governance; democracy and civil society; inter-ethnic and inter-religious relations; and Islamic faith and morals. Following are the summary of the demands:

1. Special Constitutional Position of Islam

• Defend the position of Islam as the Religion of the Federation under Article 3 of the Federal Constitution.
• Assert the significant role of Islam in the state and rejects the notion of Malaysia as a secular state.
• Defend and strengthen the position and jurisdiction of Syariah Courts under Article 121(1A) of the Federal Constitution.
• Legislate laws controlling the propagation of non-Muslim religions among the Muslims in Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang and Federal Territories as provided by Article 11(4) of the Federal Constitution.
• Enhance the level of professionalism among the staff of Islamic agencies.
• Legislate Halal Food and Processing Act as a means to govern halal industry and enhance the enforcement of halal requirements.
• Take stern action against employers who prevent employees from practicing their Islamic religious duties at work.
• Prosecute those who cause religious disharmony, especially by making offensive remarks against Islam, under Section 298A of the Penal Code.

2. Islamic Education and Da'wah

• Increase the learning period of Islamic subjects in national primary and secondary schools.
• Set up Islamic higher learning and research institutions in specific fields such as education, technology and management.
• Guarantee academic and intellectual freedom by giving autonomous status to the universities.
• Re-instate and increase the per-capita aid to People's Religious Schools (Sekolah Agama Rakyat, SAR) and provide free textbooks to students of these schools.
• Re-introduce the teaching of Mathematics and Science in Malay at national schools.
• The Ministry of Education to allow excellent students from private religious schools to enrol in boarding schools under the supervision of the ministry and the Majlis Amanah Rakyat (MARA).
• Extend the provision of government scholarships, which are currently enjoyed by Malay students, to non-Malay Muslim students.
• Increase the number of recipients of the Public Service Department's scholarship award to Muslim students to further their studies abroad.
• The Ministry of Education to continue encouraging Islamic practices in schools.
• Provide special allocation to Islamic NGOs to carry out Islamic educational activities.
• The Ministry of Information to be sensitive toward the feelings of Muslim majority in devising broadcast policies; prioritize television programs that contribute to the development of a moral
society; increase the number of Islamic education programs; and stop airing entertainment programs that promote hedonistic culture.
• Private television stations must adhere to the National Culture Policy and the National Education policy in selecting their programs.

3. Good Governance

• Step up the efforts to curb graft and abuse of powers among public officials.
• Appoint public officials among those who are free from graft, abuse of power and immoral conduct.
• Foster the internalization of Islamic values among civil servants.
• Public officials to make public declaration of their assets.
• Appoint senators among the leaders Islamic NGOs to oversee the implementation of Islamic policies and promote the welfare of Muslims.

4. Civil Society and Democracy

• Ensure that elections are clean, free and fair.
• Select election candidates among those who are of high integrity, good conduct and able.
• Ensure that the government exercises its powers in accordance with the rule of law and the constitution.
• Widen the democratic space in order to allow civil society
institutions to contribute to social empowerment and nation building.

5. Inter-Ethnic and Inter-Religious Relations

• Enhance commitment to religious and racial harmony.
• Reject political parties and politicians who disregard special position of Islam in Malaysia and those who advocate the secular understanding of absolute religious freedom.
• Strictly enforce laws on the building of houses of worship irrespective of religions.
• Ensure that the sensitivities of local residents be taken into consideration before a house of worship is built in the area.
• Form a special committee comprising the representatives of Muslim organizations and local authorities to deliberate on applications to build non-Muslim houses of worship in Muslim-majority residential area.

6. Islamic Faith and Morals

• Reject the notion of religious pluralism which claims that all religions are the same.
• Reject the use of specific Islamic terms like "Allah", "Ka'abah","Baitullah" and "Solat" to refer to certain dissimilar concepts in non-Muslim religions.
• Increase the number of religious enforcement officers and their level of professionalism.
• Strictly enforce the existing laws on religious and moral crimes.

The full document can be accessed at www.MYISLAMNETWORK.NET

The Islamic NGOs Election Demands are endorsed by the following organizations:

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)*ALLIED COORDINATING
COMMITTEE OF ISLAMIC NGOs (ACCIN)*AKADEMI AIDIT*AL-HUNAFA*AL-ISLAH,
BANDAR BARU SUNGAI BULOH*ALUMNI KOLEJ ISLAM KELANG (ALKIS)* ANGKATAN
BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)* BADAN NADWAH ISLAMIAH PAHANG*BADAN
UGAMA & KEBAJIKAN MARA*DARUS SYIFA'*FORUM BERTINDAK ANTI MURTAD
*FUTURE GLOBAL NETWORK (FGN)*FORUM PENYELARASAN UMAT [15 NGO
GABUNGAN PULAU PINANG]*GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMENANJUNG (GAMIS)*
GAPETA*HALUAN* IKATAN INTELEKTUAL MUDA ISLAM (IIMI)*IKATAN MUSLIM
MALAYSIA (ISMA)*IKATAN PENGKAJIAN ISLAM PAHANG (IKATAN)
*ILMUAN*INTERNATIONAL MUSLIM IMAN NETWORK (IMAN)* MUSLIM WOMEN UNION
(IMWU)*ISLAMIC INFORMATION AND SERVICES FOUNDATION (IIS)* ISLAMIC
OUTREACH ABIM (IOA)*ISLAMIC PROPAGATION SOCIETY INTERNATIONAL,
PENANG (IPSI)*JAMAAH DAKWAH & ISLAH (JADID)*JAMAAH ISLAH MALAYSIA
(JIM)* JARINGAN SISWAZAH MUSLIM MALAYSIA (JASA)*KELAB AL-QURAN AL-
KARIM, BANGI*KELAB HARAPAN, YAYASAN HARAPAN*KELAB REMAJA ISLAH
MALAYSIA (KARISMA)*KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)*KESATUAN
PELAJAR ISLAM PERAK (KPIP)*KHALIFAH INSTITUTE*KEPENTINGAN BANGSA
(KKB)*MADRASAH HIDAYATUL MUSTAQIM, SELAYANG BARU*MAJLIS TINDAKAN
INDIA MUSLIM MALAYSIA* MARKAZ DAKWAH AL-ISLAMIAH AL-ANSAR, KUALA
SELANGOR*MASJID BUKIT INDAH* MASJID JAMEK PAKISTAN*MUSLIM BROTHERS,
SHAH ALAM*MUSLIM CARE* MUSLIM PROFESIONAL FORUM BERHAD (MPF)*NGO
ISLAM CASMARIA, BATU CAVES*PEGUAM PEMBELA ISLAM (PPI)
*PERKIM*PERSATUAN AL-HIDAYAH*PERSATUAN DARUL FITRAH
MALAYSIA*PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA*PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM
MALAYSIA (PERKIM BANGSAR)*PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM, TNB
(PKPI-TNB)* PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM SARAWAK (PERKEPIS)
PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM W.P (PERTIWI)*PERSATUAN KEBANGSAAN
PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)*PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN
ISLAM UNI. MALAYA*PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMIUM)
* PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA*PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA
(PGSM)*PERSATUAN PELAJAR ISLAM KELANTAN (PPIK)*PERSATUAN PEMBIMBING
ISLAM PUALAU PINANG (PEMBIMBING)*PERSATUAN PEMBIMBING PELAJAR ISLAM
KELANTAN (PPIK)*PERSATUAN PENDIDIK INSAN NEGERI SEMBILAN (PPINS)
*PERSATUAN PENDUDUK PENDUDUK KAMPUNG BATU MUDA TAMBAHAN*PERSATUAN
PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA (PRESMA)*PERSATUAN SERUAN ISLAM
SELANGOR DAN WP (JAMI'YAH)* PERSATUAN ULAMA ISLAM (PUM)*PERTUBUHAN
AL-NIDAA'*PERTUBUHAN CINA MUSLIM MALAYSIA (MACMA)*PERTUBUHAN
KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA)*PERTUBUHAN MUAFAKAT
SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA (MUAFAKAT)*PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK
MALAYSIA (PSDM)*RESEARCH & INFORMATION CENTER ON ISLAM (RICOI)*SURAU
AL-AMIN, BANDAR TUN HUSSIEN ONN SURAU AL-ANSAR, TAMAN SRI RAMPAI,
SETAPAK*SURAU AL-IKHWAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH*SURAU MUHAMMAD AL-
FATIH KG BATU MUDA TAMBAHAN, KL*TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS)
*WADAH PENCERDASAN UMAT (WADAH)*YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)*
KAJIAN & STRATEGIK MELATU (YKSM)*YAYASAN MUSLIMIN* YAYASAN
PEMBANGUNAN UMMAH (YPU).




Pilihanraya: Antara Calon Dan Keperluan Rakyat

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Sudah beberapa hari Parlimen kita dibubarkan. Teka-teki tarikh pilihanraya sudah berhenti. Apa yang sedang panas diperkatakan adalah teka-teki siapa calon-calon yang bakal ditempatkan oleh pertubuhan-pertubuh an politik yang akan bertanding.

Ada insan-insan yang membayangkan mimpi indah dan ada juga yang bimbangkan mimpi gundah. Saya tidak ingin memperkatakan tentang nasib mereka, tapi ingin memperkatakan tentang tangan-tangan yang ingin memilih mereka. Samada tangan itu pemimpin tertinggi pertubuhan-pertubuh an politik, atau rakyat yang akan mengundi nanti.

Saya amat tertarik dengan surat Saidina Abu Bakr al-Siddiq yang mengandungi wasiat tentang calon pilihannya dalam menggantikan beliau yang ketika itu begitu teramat uzur. Beliau meminta supaya Saidina ‘Uthman menulis untuknya seperti berikut: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Inilah apa yang diamanatkan oleh Abu Bakr bin Abi Quhafah pada waktu terakhir kehidupan di dunia dan sedang keluar daripadanya, serta permulaan kehidupannya di akhirat dan sedang masuk ke dalamnya. Di mana ketika seperti ini seorang kafir akan beriman, seorang yang jahat akan yakin, dan seorang pembohong akan bercakap benar. Aku melantik untuk kamu semua selepas aku ini ‘Umar bin al-Khattab. Dengar dan taatlah kepadanya. Sesungguhnya aku tidak akan melewatkan sebarangkan kebaikan untuk Allah (keredhaanNya) , RasulNya, agamaNya, diriku dan kamu semua. Sekiranya dia (Umar) berlaku adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia mengubahnya (kepada tidak adil), maka setiap orang akan menanggung dosa yang telah dilakukannya. Aku bertujuan untuk kebaikan dan aku tidak pula mengetahui yang ghaib (keadaan masa hadapan). Maka nanti mereka yang zalim akan mengetahui di manakah tempat kesudahan mereka. Wassalam ‘alaikum warahmatullah”. (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Fikr).

Surat ini menggambarkan betapa Saidina Abu Bakr sedarkan dirinya dan kita semua bahawa soal pemilihan mereka yang akan menguasai urusan rakyat mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak. Maka mereka yang hendak dipilih, hendaklah mereka yang kita yakin akan mampu menegakkan keadilan dan kemaslahatan umat.

Jika kita pilih mereka yang berpotensi merosakkan umat, maka itu adalah dosa yang teramat di sisi Tuhan. Juga, calon-calon yang dipilih itu hendaklah sedar bahawa neraka adalah kesudahan buat mereka yang zalim yang gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab kepimpinan.

Memilih calon atau mengundi walaupun kelihatannya ringkas sahaja sekadar meletakkan nama atau memangkah pada hari pengundian, tetapi kesannya amat besar terhadap masa depan sesebuah negara dan umat. Ia mampu menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan, atau keamanan dan kekacauan sebuah masyarakat.

Sebab itu dalam membuat pemilihan calon sama ada kita pemimpin atasan yang membuat penentuan nama-nama yang bakal bertanding atau rakyat bawahan yang akan mengundi, maka hadis berikut patut direnungi: sabda Nabi s.a.w “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai ALLAH, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian, lalu dengannya ALLAH mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian, lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dalam Muwata`). Demikianlah pemilihan dan pengundian, walaupun bukan ucapan lisan, tetapi ianya ucapan bertulis yang membawa kesan yang teramat besar.

Kita begitu gembira apabila media-media kita melapor hasrat kepimpinan pertubuhan-pertubuh an politik untuk memastikan agar calon-calon yang diletakkan berkualiti. Kita harap itu semua menjadi kenyataan, bukan sekadar slogan. Ya, rakyat juga sudah ramai yang bijak dan mula tahu menilai. Bukan masa lagi sekadar untuk berbangga dengan jenama parti, sedangkan wakil atau pemimpin yang dilantik tidak mempunyai kualiti yang mampu memastikan survival umat.

Kualiti sesorang calon bukan sekadar dilihat pada daerah, atau negeri atau umur atau latar pendidikan semata, ‘muka lama’ atau ‘muka baru’. Sebaliknya, seperti yang selalu saya sebutkan hendaklah berteraskan al-Quwwah dan al-Amanah seperti yang diajar oleh al-Quran. Al-Quwwah bermaksud kekuatan yang mewakili kemampuan atau kemahiran atau kecekapan melaksanakan tugas. Sementara al-Amanah adalah nilai taqwa atau amanah dalam diri yang memastikan dia tidak akan mungkir terhadap janji dan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan. Ini seperti yang Allah firmankan (maksudnya): “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26).

Apabila perwakilan Najran datang bertemu Nabi s.a.w dan meminta baginda menghantar wakil baginda hanya yang amanah yang dapat membimbing mereka. Maka Nabi s.a.w bersabda: “Aku akan mengutuskan bersama kamu seorang lelaki yang amanah, bahkan benar-benar amanah. Maka para sahabat Nabi s.a.w pun tertunggu-tunggu siapakah yang dipilih. Lalu baginda bersabda: “Bangunlah! Wahai Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah”. Lalu Abu ‘Ubaidah pun bangun dan baginda pun bersabda: “Inilah orang yang amanah bagi umat ini” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, Abu ‘Ubaidah ialah seorang yang terkenal dalam rekodnya sebagai insan muslim mukmin yang bertegas kepada prinsip dan mengenepikan segala kepentingan diri. Dengan rekod itu, dia dicatat dengan ukiran kegemilangan ketika dia dilantik menjadi gabenor pada zaman pemerintahan ‘Umar bin al-Khattab. Hidup dalam penuh kezuhudan dan menyebarkan keadilan untuk rakyat.

Saya kira, saya boleh mewakili suara rakyat jelata -pada umumnya- dalam hal ini; bahawa kita meminta kepada kepimpinan politik agar mengutuskan atau mencalonkan mereka yang bakal memimpin rakyat ini hanyalah yang amanah. Hanya yang insaf bahawa dia akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak tentang tanggungjawab yang akan diserahkan kepadanya.

Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak ada seorang pemimpin yang menguruskan urusan orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh (menunai amanah) dan tidak menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk syurga bersama mereka” (Riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lain baginda: “Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan Allah haramkan baginya syurga” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita tidak meminta ustaz atau syeikh sebagai calon. Ini kerana belum tentu gelaran-gelaran itu menjamin mereka mampu menunaikan amanah. Amanah adalah sikap dan keperibadian yang dapat dilihat dalam kehidupan insan, bukan pada gelaran dan panggilan. Justeru, permintaan kita mengatasi nama dan gelaran tetapi ciri dan kewibawaan.

Saya tidak mahu mempersoalkan ‘muka lama’ atau ‘muka baru’. Kepimpinan bukan macam jamuan makanan yang sekali sekala kita ingin bertukar selera. Bukan tom yam atau sup atau mee bandung . Kepimpinan soal keadilan dan kemampuan menunaikan amanah yang diberikan tanpa penyelewengan.

Jika ‘muka lama’ terbukti mampu membela rakyat bawahan, fakir miskin, menyebarkan kebaikan, menghidupkan suasana yang membawa keredhaan Allah dan RasulNya, memajukan minda dan harta, menunaikan tuntutan dunia dan akhirat maka dia layak meneruskannya. Apa ertinya pula ‘muka baru’ jika dari awal sudah ada potensi negatif.

Namun jika ‘muka lama’ terbukti menyeleweng, tidak amanah, mementingkan diri, melupai tanggungjawab yang diberikan, maka inilah peluang untuk dibarukan ‘muka’ seperti itu. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Sesiapa yang miliki ciri-ciri yang menjadikan dilayak memegang kuasa, maka diberikan kepadanya tanpa bertanya muka lama atau baru. Para al-Khulafak al-Rasyidin memerintah sampai ke akhir hayat. Namun rakyat tetap menangisi hari kematian mereka sebagai tanda khidmat mereka masih diperlukan. Malangnya di kalangan kita hari ini kadang kala baru berkhidmat beberapa bulan, rakyat menangis kerana khidmat mereka mengundang kesusahan.

Soal kelayakan, kepakaran dan kecerdikan memang penting bahkan teramat penting. Namun jika tidak diiringi dengan perasaan gerun terhadap amanah jawatan yang diserahkan kepadanya, maka berbagai kerosakan dek kecerdikan boleh berlaku.

Kita sudah amat keletihan dengan berita-berita perbicaraan rasuah dan penyalahangunaan kuasa yang tidak habis-habis dalam media kita. Umat ini mempunyai tanggungjawab dan kerja yang banyak yang mesti disiapkan. Kita tidak ada cukup masa untuk melayan dan bertungkus-lumus dengan laporan-laporan yang seperti itu.

Misi-misi penting yang ingin dicapai oleh negara tidak akan tercapai jika kelancaran perjalanan kita sentiasa diganggu oleh tangan-tangan yang tidak amanah terhadap peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Misi-misi penting dan besar negara yang kita laung-laung memerlukan tenaga yang berjiwa besar dan amanah.

Ramai sahabah Nabi s.a.w. yang handal di medan pertempuran. Namun baginda tidak membuat pemilihan secara sebarangan bagi misi-misi penting tertentu. Sebab itu dalam misi Peperangan Khaibar, Nabi s.a.w menyebut: “Aku akan utuskan seorang lelaki yang dia kasihkan Allah dan RasulNya, juga Allah dan RasulNya kasihkan dia. Dia bukan seorang yang akan lari dari medan ”. Maka orang ramai pun ternanti-nanti, lalu dilantik ‘Ali dan diserahkan bendera kepadanya” (Riwayat Ibn Majah, sahih).

Pemilihan yang tepat dalam memastikan visi dan misi dapat ditunai adalah penting. Bukan semua yang memakai gelaran yang hebat seperti Professor atau Dr berkemampuan dalam siasah. Kewibawaan politik berbezaan antara seorang dengan seorang yang lain. Walaupun soal latar pendidikan itu penting tapi bukan semua yang berpendidikan tinggi itu berkemampuan dalam politik.

Lebih dukacita lagi jika pemilihan dibuat atas simpati hubungan keluarga atau persahabatan semata. Bukan lagi ciri kelayakan dan kewibawaan. Seperti mana yang kita tahu bahawa Nabi s.a.w sayangkan Abu Zar r.a. seorang sahabat baginda yang begitu soleh. Namun apabila Abu Zar meminta jawatan, baginda bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. (Riwayat Muslim).

Lemah Abu Zar bukannya lemah iman, tetapi lemah ciri-ciri kepimpinan. Kalaulah Nabi s.a.w yang sayangkan Abu Zar tidak melantiknya kerana ciri-ciri yang tidak dimilikinya, apakah kita akan melantik sahabat handai dan kaum keluarga kita sekalipun tidak layak?. Kita mengkhianati amanah.

Seperti yang pernah saya sebutkan, kita ketandusan tokoh-tokoh kepimpinan yang dapat menonjolkan idealisme yang mampu membimbing rakyat sehingga perasaan rakyat begitu terikat dengan perjuangan kepimpinan. Setia tanpa mengharapkan habuan, menyokong dan mendokong cita-cita tanpa mengharapkan ganjaran.

Hal ini tidak boleh berlaku melainkan lahirnya tokoh-tokoh kepimpinan yang dikagumi keperibadiannya dan dirasai keikhlasan. Jelas pula hala perjuangan dan perlaksanaannya. Wajah kepimpinannya bukan taburan harta, tetapi kematangan minda yang mampu menjadikan harta berfungsi dengan saksama dan cemerlang. Slogan-slogan yang dilaungkan bukan lagi sekadar retorik, sebaliknya penghayatan yang dibuktikan ia bermula dengan dirinya sendiri. Jika sekadar menjanji, ramai yang boleh janji berbagai perkara.

Saya salah seorang dari rakyat biasa yang bukan ahli politik sedang melihat berbagai gelagat orang berbagai parti. Ada yang lucu, ada jelas bohongnya, ada yang hasad, ada lebih lajak dari laju, ada mempergunakan nama agama, atau bangsa untuk kepentingan kempen dan berbagai.

Dari gaya kempen, dapat dikenali watak calon dan partinya. Namun yang perlu diingatkan, pilihanraya bukan musim menghalalkan yang haram sehingga seseorang merasa dia boleh berbohong, atau memaki-hamun, menjatuhkan maruah, mencerca orang tanpa batasan syarak, atau menyalahgunakan apa yang dimilikinya dan seumpamanya.

Sabda Nabi s.a.w: “Bukan seorang mukmin itu pencerca, atau pelaknat, orang yang bercakap keji dan kesat” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Jika itulah gelagat buruk sebelum mendapat jawatan, saya cadangkan kita jangan beri undi kepada manusia jenis ini. Itu adalah kedangkalan dan kerendahan budi yang tidak tahu bagaimana mengalurkan buah fikiran secara matang.


Hukum Mengundi


Soalan:

Kami tinggal di sebuah Negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Adakah harus bagi seseorang mengundi dan mencalonkan diri dalam pilihanraya Negara ini?

Jawapan:

Tidak harus bagi seorang Islam untuk mencalonkan dirinya untuk menyertai kerajaan yang berhukum dengan selain apa yang diturunkan Allah (AL Qur'aan dan Sunnah) dan tidak beramal dengan shariat Islam. Maka tidak harus bagi seorang Muslim untuk mengundinya atau mengundi selain daripadanya yang bekerja dalam kerajaan tersebut. Melainkan jika orang yang mencalonkan dirinya dari kalangan orang Islam dan mereka yang mengundi berhasrat untuk menukar hukum kepada beramal dengan shariat Islam melalui cara memasuki pilihanraya, dan mengambil cara itu sebagai satu jalan untuk menguasai sistem pemerintahan. Orang yang telah berjaya memasuki pemerintahan itu pula tidak bekerja di jawatan-jawatan yang bercanggah dengan shariat Islam.

Fatwa Lajnah Daa'imah yang diketuai oleh Shaikh Ibn Baaz 23/406-407.

Soalan:

Sebagaimana yang pihak tuan sedia maklum, kami di Algeria ini mempunyai pilihanraya tashri'iyyah. Sebahagian parti-parti di sini menyeru ke arah berhukum dengan shariat Islam dan sebahagian lain pula tidak mahu kepada hukum Islam. Maka apa hukumnya mengundi golongan yang tidak mahu menegakkan hukum Islam walaupun dia solat ?

Jawapan:

Wajib bagi orang Islam yang berada di Negara yang tidak berhukum dengan hukum Islam untuk mengerah tenaga dan usaha mereka semampu mungkin untuk berhukum dengan Shariat Islam. Mereka hendaklah berganding bahu dalam membantu parti yang diketahui akan menghukum dengan Shariat Islam. Adapun membantu orang yang menyeru ke arah tidak melaksanakan shariat Islam adalah tidak boleh malah boleh membawa kepada Kufur berdasarkan kepada firman Allah :

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah. (Al Maa'idah 49-50)

Oleh kerana itu setelah Allah menerangkan kekufuran orang yang tidak berhukum dengan shariat Islam maka Allah memberi amaran agar tidak membantu mereka dan tidak mengambil mereka sebagai penolong/kawan/ pemimpin. Lalu Allah memerintahkan orang-orang beriman agar bertaqwa jika mereka benar-benar beriman.

Maka Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Al Maa'idah 57)

Wabillahittawfiiq. Wa Sollallah `ala Nabiyyina Muhammad wa aalihi wa sohbihi wa sallam.

Fatwa Lajnah Daa'imah yang diketuai oleh Shaikh Ibn Baaz 1/373-374

Diterjemah pada 9 Safar 1429 H.

Soalan:

Apakah hukum pilihanraya yang wujud di Kuwait memandangkan bahawa kebanyakan golongan Islam dan Da'wah yang menyertainya telah terfitnah agama mereka? Apa pula hukum pilihanraya kecil kabilah yang wujud di dalamnya wahai sheikh ?

Jawapan:

Saya menganggap bahawa pilihanraya ini wajib. Kita wajib untuk melantik orang yang kita nampak sebagai memiliki kebaikan kerana apabila orang-orang baik lengah dalam perkara ini maka siapakah yang akan mengambil tempat mereka ? Orang-orang jahat atau manusia lalang yang tidak memiliki kebaikan mahupun keburukan, yang mengikuti setiap yang bersuara lantang.

Kita wajib untuk memilih orang yang kita lihat sebagai Saaleh. Apabila seseorang berkata bahawa kami telah memilih seorang tetapi majoriti ahli majlis (parlimen/dewan rakyat/dewan negara) adalah daripada aliran lain maka kita menjawab: Tidak mengapa. Seorang ini jika Allah menjadikan dalam dirinya keberkatan dan dia melontarkan kalimah-kalimah yang benar dalam majlis ini nescaya ia akan memberi kesan yang pasti.

Namun kita kurang dari segi keihlasan kepada Allah. Kita terlalu bergantung kepada perkara-perkara material dan tidak melihat kepada kalimah Allah `Azza wa Jalla. Lihatlah apa yang Allah firmankan kepada Musa `Alaihissalam ketika Fir'aun meminta kepadanya pertemuan untuk mendatangkan seluruh ahli sihir. Musa menjanjikan kepadanya pertemuan pada waktu dhuha, hari perayaan. Pada waktu tengah hari di tempat yang rata dan bukan pada waktu malam. Berkumpullah manusia yang ramai lalu Musa `Alaihissolaatuwass alam berkata kepada mereka:

"Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Dia akan membinasakan kamu dengan azab seksa dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa." (Taha: 61)

Inilah satu pernyataan yang bagaikan ledakan bom!

Allah berfirman:

"Maka merekapun berbantah-bantahan tentang urusan mereka di antara mereka."
(Tahaa: 62)

Huruf fa' dalam perkataan Fatanaaza'uu memberi erti urutan, akibat dan sebab.

Apabila manusia berbantah-bantahan maka itu adalah kegagalan sebagaimana Firman Allah `Azza wa Jalla:

"Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu." (Al Anfaal : 46)

"Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai perkara sihir mereka dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan." (Tahaa: 62)

Hasilnya ialah para ahli sihir yang datang untuk menentang Musa kemudiannya menyertai beliau. Mereka tersungkur sujud kepada Allah lalu mendeklarasikan di depan Fir'aun:

"Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa." (Tahaa: 70)

Kalimah haqq daripada seorang individu telah memberi kesan kepada begitu ramai orang yang dipimpin seorang pemerintah yang sangat kejam.

Oleh itu saya berkata: Walaupun ditentukan bahawa tidak ada di dalam Parlimen melainkan bilangan kecil di kalangan ahli kebenaran nescaya mereka akan memberi manfaat. Tetapi mereka hendaklah ikhlas kepada Allah `Azza wa Jalla. Adapun kata-kata bahawa Parlimen itu tidak harus (dimasuki) dan tidak boleh menyertai serta duduk dengan orang-orang Faasiq, maka adakah kita ada mengatakan bahawa kita menyertai Parlimen untuk menyetujui mereka? Kita duduk bersama mereka untuk menerangkan kebenaran buat mereka.

Sebahagian rakan di kalangan `Ulama' menganggap bahawa haram menyertai plilihanraya kerana ia menjadikan seorang yang beristiqamah duduk dengan seorang yang terpesong. (Jadi kita ingin bertanya) Adakah lelaki istiqamah ini memasuki pilihanraya untuk memesongkan dirinya atau untuk meluruskan apa yang bengkok ? Jawab ! Adakah seorang lelaki yang istiqamah yang duduk di sebelah seorang yang terpesong dalam pilihanraya untuk memesongkan orang ? Ya, dia menyertai pilihanraya untuk membetulkan dan meluruskan yang bengkok lagi tersasar.Jika dia tidak berjaya kali ini dia akan berjaya lain kali.

Yang bertanya : Pilihanraya kecil kabilah wahai sheikh ?

Jawapan:
Semuanya sama. Lantiklah orang yang kamu anggap sebagai baik dan bertawakkallah kepada Allah.


+ Silsilah Liqaa' Al Baab Al Maftuuh merupakan siri majlis dengan Shaikh Muhammad ibn Saaleh Al `Uthaymeen yang berlangsung di rumah beliau pada setiap hari Khamis dari tahun 1412 sehingga tahun kewafatan beliau pada 1421 Hijrah.


Alkisah dekat-dekat nak pilihanraya ni ............ cerita dipetik dari sebuah banglo kat .......????!!


Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

.

Undilah Berdasarkan Calon Bukan Parti

Berikut adalah temubual dengan S.S Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri mengenai siapakah calon yang patut dipilih oleh seseorang dalam Pilihanraya Ke-12 ini. Apakah dengan melihat kepada parti yang diwakili atau kualiti diri calon berkenaan?

S: S.S Dr, apakah soal pengundian ini mempunyai nilainya dalam agama?

Dr. MAZA: Ya, sudah pasti. Pengundian boleh menentukan masa depan rakyat dan negara. Keputusan yang betul akan menyelamatkan masa depan umat dan negara. Sementara keputusan yang salah akan menjerumuskan negara ke dalam kebinasaan, atau penyelewengan. Justeru itu Allah berfirman Surah an-Nisa’ ayat 58: (maksudnya) : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu”. Maka pengundian ada nilai yang besar dalam agama ini.

S: S.S Dr, adakah ini bererti anggapan yang menyatakan undian itu mempunyai nilai dosa dan pahala boleh diterima?

Dr. MAZA: Ya, sesiapa yang tahu bahawa undiannya atau pemilihan terhadap calon tertentu itu boleh membawa kerosakan atau keburukan kepada negara dan umat tetapi dia tetap lakukan atas kepentingan diri, atau suka-suka maka dia berdosa. Demikian sebaliknya, jika dia memilih calon yang berkelayakan, maka dia menunaikan arahan Allah tadi, ini bererti dia mendapat pahala. sabda Nabi s.a.w “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian, lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian, lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dalam Muwata`). Satu undi sama dengan satu kalimat bahkan lebih, ianya boleh mengundang keredhaan Allah atau kemurkaannya.

S: Ciri-ciri calon yang patut seseorang pilih, apakah merujuk kepada kualiti calon, atau parti yang diwakili?

Dr. MAZA: Saya tidak bersetuju mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata. Ini adalah cara fikir yang menghalang proses kemajuan negara. Akhirnya, rakyat menjadi fanatik parti dan tidak menggunakan lagi akal fikiran menilai siapakah yang diundinya. Jika semua pengundi berfikiran demikian maka tidak akan berlaku persaingan kualiti calon. Ini boleh menyebabkan ‘si bodoh’ atau ‘perasuah’ atau orang yang rendah moralnya akan terpilih dek kerana parti yang diwakilinya. Ini adalah cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud.

S: Tidakkah parti yang diwakili oleh seseorang mempunyai nilai kepada dirinya?

Dr. MAZA:
Ya mungkin, tapi itu bukan segala-galanya. Tidak munasabah dalam negara yang rakyatnya berpelajaran lalu kita katakan kepada pengundi : “jangan guna akal fikiran anda, cukuplah dengan hanya melihat lambang atau jenama”. Ini pemikiran kanak-kanak tadika yang belum tahu mengeja dan membaca, lalu hanya bergantung kepada gambar-gambar yang dipapar. Jika itu cara fikir kita, elok kita buka pengundian kepada kanak-kanak bermula dari umur lima tahun. Mereka juga rakyat Malaysia . Yang penting mereka dapat mengenali lambang parti-parti yang diajar kepada mereka. Islam menyuruh diberikan amanah kepada sesiapa yang layak. Yang akan memikul amanah adalah orang, bukan parti. Parti itu terbentuk kerana wujudnya orang yang mendokong. Bukan wujud parti dulu, kemudian wujudnya orang. Wujudnya individu-individu dulu, kemudian baru mereka wujudkan parti. Jika orang tidak berkualiti, bagaimana hendak dikatakan parti itu berkualiti. Maka kempen saya: “pilihlah calon, bukan pilih parti”.

S: Apakah ini pandangan agama?

Dr. MAZA: Bagi saya inilah sikap seseorang yang beragama. Bebas dari fanatik atau taklid buta tanpa menggunakan akal. Agama menyuruh kita berfikir. Sebab itu seperti mana yang kita tahu bahawa Nabi s.a.w sayangkan Abu Zar r.a. seorang sahabat baginda yang begitu soleh. Namun apabila Abu Zar meminta jawatan, baginda bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. (Riwayat Muslim). Jika berdasarkan kepada hubungan baik dengan Nabi s.a.w, maka Abu Zar patut dilantik. Namun dalam pemberian jawatan tidak ada soal kroni, atau fanatik hubungan kumpulan, sebaliknya soal kelayakan.

S: Jadi, apakah ciri-ciri yang sepatutnya seseorang calon itu diberikan undi untuknya?

Dr. MAZA: Secara umumnya mudah sahaja, mesti memiliki dua aspek. Seperti yang disebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26). Maka pertama; al-Quwwah atau kuat, dalam bahasa kita kemampuan, kewibawaan, kemahiran yang menjadikan dia mampu memimpin. Kedua: al-Amanah; ada kesolehan peribadi yang akan memelihara dirinya dari melakukan penyelewengan dan pelanggaran hukum. Jika kedua-dua ciri ini kelihatan pada penampilan calon, dia patut kita pilih.

S: Jika kesemua calon ada ciri-ciri ini, bagaimana S.S Dr?

Dr. MAZA: Kita pilih sesiapa kita rasakan paling tinggi kualitinya kepimpinan dan amanahnya. Tentunya tidak sama. Jika kita rasa sama, maka tidak salah kita pilih yang mana-mana pun selagi kita yakin dia yang terbaik mampu menunaikan tugas.

S: Jika kesemua calon tidak memenuhi ciri-ciri ini?

Dr. MAZA: Kita pilih yang paling kurang mudaratnya dan paling ringan bahayanya. Pada zaman Nabi s.a.w., apabila Rum berperang dengan Parsi, orang-orang Islam lebih sukakan kemenangan Rum dibandingkan Parsi. Walaupun kedua-duanya bukan Islam, tetapi agama Kristian yang dianut oleh orang Rum menjadikan mereka lebih dekat kepada umat Islam dibanding ajaran Majusi menyembah api yang dianut oleh Parsi. Allah menyebut dalam Surah al-Rum ayat 4: (maksudnya) “Pada hari tersebut (kemenangan Rum ke atas Parsi, maka orang-orang mukmin bergembira”.

S: Bagaimanakah jika kita tidak kenal latar calon?

Dr. MAZA: Wajib kita kena kenal calon yang hendak kita undi. Firman Allah dalam Surah al-Isra ayat 36 (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. Seseorang wajib mencari maklumat mengenai calon. Masa diberikan oleh pihak pilihanraya. Ini bukan zaman batu. Selidiki sebelum membuat undian. Jika kita gagal mengetahui siapakah yang berkualiti, dia sekurang-kurangnya hendaklah pastikan calon yang jika diundinya tidak memberi mudarat kepada masyarakat dan umat. Jangan undi yang ada rekod buruk.

S: Akhirnya, apakah pesanan S.S Dr. kepada rakyat, khususnya umat Islam?

Dr. MAZA: Sesungguhnya undi yang kita berikan kepada seseorang calon adalah perlambangan kepada diri kita sendiri. Jika kita seorang yang inginkan kebaikan, tentu kita akan memilih mereka yang mampu membawa kebaikan dan kesolehan. Begitulah sebaliknya. Jika kita memilih calon yang buruk dari segi kepimpinan dan agamanya, sedangkan ada yang baik, itulah identiti kita sebenarnya. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”. Nilailah siapakah yang jiwa dan ruh kita cenderung kepadanya, maka itu nilai ruh kita. Maka, pilihlah berdasarkan calon, bukan parti!

--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).



Bapa2 Malaysia


1.
             Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan

2.
          Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan

3.  
           Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan

4.    Tun Dr. Mahathir Mohammad - Bapa Pemodenan

5.
           Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi -  Bapa Mertua Khairy  



Di suatu masa dulu, bangsa Melayu di Malaysia percaya bahawa air kelapa, jika diminum, boleh melemahkan tenaga kita. Orang-orang Melayu biasanya tidak peduli kalau politiknya lemah. Atau lemah fikiran, lemah iman, lemah ekonomi seterusnya, lemah dalam bidang perniagaan. Tetapi, apabila sesuatu minuman itu melemahkan tenaganya, dia akan berusaha kuat untuk memperkuatkan balik tenaganya. Dia boleh menjadi gelisah, sehingga biawak pasir pun dia tukar nama jadi Dhab supaya dia boleh makan dengan enaknya.

Seterusnya satu idea yang silap akan dipaparkan untuk renungan kita semua. Idea yang wujud dikalangan bangsa Melayu yang telah menyebabkan pertumpahan darah di dalam negara ini.

Pada tahun 1962, pada suatu pagi Khamis, di rumah Menteri Besar Kelantan telah diadakan satu perjumpaan Dewan Ulama PAS.

Sebelum Menteri Besar dan Datuk Asri keluar dari rumah Menteri Besar, mereka telah meminta Dewan Ulama PAS mengeluarkan fatwa sama ada UMNO boleh, di sisi Islam, bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam dalam MCA dan MIC.

Apakah salah atau tidak di sisi agama?

Pada waktu itu yang menjadi setiausaha Dewan Ulama PAS ialah Tok Guru Hj. Mat Nor Teliar dan Penolongnya Tok Guru Hj. Mat Nor Selising dan antara yang hadir adalah Tok Guru Hj. Umar Daud.

Selepas pukul satu, Menteri Besar dan Datuk Asri balik daripada pejabat ke rumah.

Mereka bertanya kepada Tok Guru Hj. Mat Nor Teliar, "boleh tak boleh UMNO bekerjasama dengan kafir MCA dan MIC?"

Tanya Tok Guru H' Mat Nor Teliar bagi pihak Dewan Ulama PAS, "Apakah bekerjasama dengan Cina dan India ini untuk keamanan?"

Waktu itu pemimpin PAS pun menjawab, "UMNO nak jual bangsa dan nak jual agama dan bukan kerana keamanan."

Oleh kerana itulah, maka dijatuhkan fatwa yang menyatakan ahli-ahli UMNO kafir.

Kemudiannya Majlis Raja-Raja Melayu telah mengharamkan pengkafiran UMNO oleh parti politik itu.

Tetapi daripada tahun 1962 dan tahun-tahun berikutnya tidak ada usaha oleh pihak UMNO untuk menangkis secara bersungguh-sungguh keputusan pengkafiran ini. Sepanjang masa itu UMNO telah menumpu perhatian kepada masalah ekonomi sehingga adanya Kongres Ekonomi Bumiputera. Mengikut analisa UMNO, masalah yang berat pada waktu itu adalah masalah ekonomi. Tetapi UMNO lupa, fatwa pengkafiran pada tahun 1962 telah mula menular.

Pada pilihanraya tahun 1965, Perikatan telah menang tetapi dengan undi yang berkurangan. Tetapi UMNO terus saja tidak mengambil perhatian yang bersungguh-sungguh kepada keputusan pengkafiran UMNO tahun 1962.

Pada tahun 1969, gabungan kegelisahan orang-orang Melayu dari segi ekonomi dan perasaan cemburu kepada bukan Melayu ditambah dengan kesan pengkafiran sejak tahun 1962, rata-rata Perikatan kalah dalam pilihanraya.

Waktu itulah dapat didengar ada dua imam dan juga ada macam-macam cerita lagi. Akhimya tercetuslah peristiwa 13, Mei yang lebih dibebankan kepada kesan kegagalan orang Melayu dari segi ekonomi.

Sedikit sangat yang menyalahkan fatwa pengkafiran tahun 1962. Jika pengkafiran tahun 1962 ini berhasil melemahkan perpaduan Melayu sehingga pada pilihanraya dalam tahun 1965 jadi semacam tahun 1969, bermaknalah sejak tahun 1965 lagi kita telah mandi darah.

Jika pada tahun 1965 Melayu, Cina dan India berkelahi sehingga bertumpah darah, maka bermaknalah ianya berlaku sebelum genap 10 tahun dari tempoh perjanjian keselamatan tahun merdeka 1957. Jika dalam masa 10 tahun, iaitu sebelum 1967, berlaku huru-hara antara kaum, maka orang putih akan datang kembali menjajah semula.

Cuba gambarkan apakah pengkafiran tahun 1962 sebenarnya satu usaha untuk memberi peluang supaya orang putih kembali menjajah semula pada tahun 1965 iaitu sebelum tahun 1967.

Setelah berlaku peristiwa 13 Mei, pakatan yang dipimpin oleh Allahyarham Tun Abdul Razak telah membawa Datuk Asri untuk berunding supaya PAS menganggotai Barisan Nasional. Apabila Datuk Asri berjumpa dengan Dewan Ulama PAS, dia sekali lagi berjumpa dengan Tok Guru Hj. Mat Nor Teliar, Tok Guru Mat Nor Selising dan Tok Guru Hj. Umar Daud. Pada waktu itu Datuk Asri gagal memujuk Dewan Ulama supaya menerima PAS masuk Barisan Nasional. Anggota Dewan Ulama tidak lupa alasan mengkafirkan UMNO pada tahun 1962. Mereka tolak.

Akhirnya Tok Guru Hj. Mat Nor Teliar, Tok Guru Hj. Mat Nor Selising dan Tok Guru Hj. Umar Daud telah meminta untuk berjumpa sendiri dengan Tun Razak di Sri Perdana. Maka datanglah Datuk Asri, Tok Guru Hj. Mat Nor Teliar, Tok Guru Hj. Mat Nor Selising dan Tok Guru Hj. Umar Daud, untuk berjumpa dengan Tun Razak. Datuk Asri duduk di luar Sri Perdana, di tempat yang sekarang ini ada Golf Buggy, di Sri Perdana. Seorang dari tiga orang Tok Guru yang berjumpa dengan Tun Razak, telah bertanya,

"Tun, Tun, kerjasama dengan kafir ni buat ghapo, kerjasama dengan MCA dan MIC?"

Tun Razak menjawab "Kalau tak bekerjasama dengan MCA dan MIC kita akan huru-hara dalam negeri ini."

Tok Guru menyampok, "Oh! Jadi kerjasama ni untuk keamanan, keamanan," dan mereka bertiga pun tengok sesama sendiri dan berbisik perkataan keamanan, keamanan, beberapa kali. Mereka ingat kembali soalan mereka pada tahun 1962.

Kemudian seorang Tok Guru bertanya lagi kepada Tun Razak, "Adakah dengan kerjasama dengan Cina dan India orang Islam akan rugi?"

Jawab Tun Razak, "Orang Melayu Islam lebih untung kerana yang membayar cukai bukan Melayu. Kita buat jalan luar bandar, kita buat rancangan Felda, kita buat masjid, dan macam-macam lagi dengan menggunakan hasil cukai dari yang bukan Islam."

Kemudian tiga orang Tok Guru pun memberitahu kepada Tun Razak, "Tun, Tun, kami akan balik ke Kelantan dan kami akan beri fatwa bahawa PAS boleh masuk ke dalam Barisan Nasional."

Seterusnya mereka memberitahu kepada Tun, " Tun, Tun, kami bertiga, akan keluar daripada PAS setelah PAS masuk Barisan."