Mohamad Shuhmy's posts with tag: berita

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag berita



LinkAntara NewsNov 7, '07 10:02 PM
for everyone


LinkKCM - Bukan Sekadar BeritaNov 7, '07 9:46 PM
for everyone
Link: http://www.kompas.com/

Berita dari Negara Jiran


glitter-graphics.com

LinkHarian MetroNov 7, '07 9:43 PM
for everyone


LinkThe Star OnlineNov 7, '07 9:25 PM
for everyone

LinkUtusan Malaysia OnlineNov 7, '07 9:23 PM
for everyone
Link: http://www.utusan.com.my/

Surat untuk Ust Zaharuddin Abd Rahman
Posted on Sunday, April 15 @ 21:10:56 MYT by din-cryptos

Oleh julap

Petikan dari : www.tranungkite. net

"Di sekeliling kita sekarang penuh dengan berita pelaburan internet yg telah difatwakan haram.tahniah para mufti dan USTAZ ZAHARUDDIN juga kerana berjaya membawa perkara ini ke media dan ke badan yg berwajib secara lansung.saya mengikuti setiap rentetannya hingga kini.tahniah sekali lg.ini bermaksud kita tidak ketandusan ilmuan dlm bidang ekonomi berlandarkan Quran dan Sunnah.

TAPI..amat mengecewakan. .dalam setiap ulasan dan komen yg diberi berlandaskan kpd 2 punca tadi, dari awal isu ini timbul, tiada satu pun cadangan atau pandangan yang dikeluarkan oleh ustaz zaharuddin dan JAKIM bagi mengharuskan program2 internet base ini.

sebagai contoh..Empay dikatakan ianya tidak berlandaskan syariat kerana konon antaranya;

1. TIADA AKAD.

mengapa ustaz2 di luar sana YANG GALAK mengatakan itu dan ini, tidak MENCADANGKAN IDEA bagaimana masalah akad ini boleh diatasi (samada perlu berjabat salam dulu ke seperti bank tempat umat islam berhutang - Bank Rakyat cthnya, sebelum org Islam diberi diberi hutang.juga ada borang perjanjiannya ) .supaya program yg telah terbukti memberi pendapatan sampingan kepada umat islam ini dapat menjadi halal.

2. GHARAR

Cuba juga para mufti dan TERUTAMANYA ustaz zaharudin - Pakar Ekonomi Islam, cadangkan satu jalan supaya ia tidak gharar - tahu syarikatnya di mana, tahu penerajunya, tahu perjalanan duitnya, ada produknya (seperi Bank Rakyat yg menyatakan dalam borang perjanjian ketika memberi hutang kepada orang Islam itu lebih kurang begini"Pihak Bank jual Pendingin Hawa ini kepada si peminjam dengan harga bla bla..( peliknya, TAK NAMPAKPUN MANA PENDINGIN HAWANYA - atas kertas aje kut! Gharar juga tu). jangan pandai komen tapi tak pandai memberi idea.

Andaikan begini la..jika sedang memandu, kereta kita rosak, bolehkah kita setakat duduk dalam kereta sambil mengomel?! KITA PERLU KELUAR DAN BAIKINYA!!!

3. BEGITU JUGA LAIN-LAINNYA.

Saya bagi contoh. PAS lantang mengatakan konsert yg tidak mengikut syariat Islam adalah haram.SURE HEBOH haram dan banyak lagi konsert haram2. Lantas, tanpa disuruh PAS telah mengadakan Konsertnya sendiri di Kelantan. PAS tunjukkan CONTOH konsert yang bagaimana yg diharuskan dalam Islam.dan PAS berjaya. Di situ org ramai dapat menilai konsert bagaimana yg diharuskan. SYABAS PAS! Takbir..

Sebab PAS sedar dan Allah tahu hiburan adalah naluri manusia.PAS tidak melatah dan cuba lari drp masalah itu. PAS cari satu jalan , IDEA bagaimana cara kita turuti jg naluri berhibur tanpa melanggari syariat.

Internet (jaringan) adalah sebagai pemudah cara atau bahan tara. seumpama jg kereta atau motosikal yg kita perlukan untuk bekerja atau membeli keperluan. begitu jg peranan internet sekarang ini. EPF, Perkeso, LHDN pun melabur. Adakah mereka membawa sejumlah duit dalam beg, kemudian bawa ke tempat pelaburan (pelaburan melalui internet haram).harap2 begitu lah selepas ini sebab saya tak mahu duit saya dalam EPF jadi haram pulak di sebabkan melalui internet.

dan jika, tempat pelaburan itu pula yg tidak mengikut syariat, baiki je la yg tu. BERIKAN IDEA Wahai Zaharuddin.panggil rakan handai taulan yg pakar2 ekonomi islam seperti ustaz, tanpil memberikan idea.SYORKAN SESUATU!! Seperti mana bank2 konvensional yg telah berjaya "diIslamkan) opss..tapi bank2 ada penasihat syariah..yg di alaun kan untuk itu..sori lupa!

sayang sekali..
org2 Islam negara ini yg yg telah ada peluang memperbaiki ekonomi sendiri dan cuba mengelah daripada ular2 bank (termasuk RHB Bank) , BINGUNG DAN KETAKUTAN. kerana..

PAKAR-PAKAR EKONOMI ISLAM KITA HANYA PANDAI MEMBERI KOMEN TAPI TIDAK PANDAI MENCARI JALAN MEMBAIKI KEADAAAN tanpa perlu mereka yg terlibat keluar daripada apa yng mereka kerjakan sekarang utk menyara leluarga.

pok cik
__._,_.___

LinkBerita Harian OnlineNov 7, '07 9:20 PM
for everyone
Link: http://www.bharian.com.my/


glitter-graphics.com


BERITA PANAS

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar 'Bomoh VIP' dari Kedah yang mengaku seorang Datuk dan Pawang Diraja gemar menjadikan ahli perniagaan, ahli politik, artis dan golongan kenamaan sebagai mangsa penipuannya.

Bomoh 50-an tahun itu yang mendakwa mempunyai gelaran seperti Profesor, Khalifah dan Doktor, mengumpan pelanggannya dengan menunjukkan kebolehan menyembuhkan penyakit kronik secara tradisional seperti barah, ketumbuhan serta kecacatan serta mampu menghasilkan 'ibu duit' sebelum mengikis wang mereka.

Pelanggannya diperdaya dengan kekata manis dan ayat Al-Quran ketika berubat. Dia juga mendakwa rapat dengan kerabat Diraja Perak dan mempamerkan gambarnya bersama pesakit VIP di rumahnya di Kedah.
Dalam kes terbaru, dua rakan serumah yang dikenali sebagai Aziz, 41 tahun, dan Azri, 30 tahun, berkata mereka kerugian hampir RM15,000 ($6,417) selepas beberapa kali ditipu Bomoh VIP itu yang mendakwa dapat menghasilkan 'ibu duit'.

'Kali pertama saya dan Azri mendapatkan khidmat lelaki itu untuk mendapatkan wang, dia meminta RM4,000 dengan RM2,000 sebagai bayaran dan RM2,000 lagi dijadikan 'ibu duit' yang dibungkus dalam kain kuning dan diletakkan dalam Al-Quran.

'Saya juga diberikan senarai ayat Al-Quran yang perlu dibaca tiga kali sebelum tidur selama 41 hari dan selepas tempoh itu saya diminta pergi semula ke rumahnya,' katanya.

Ketika di rumah bomoh itu, mereka diminta membayar RM500 lagi bagi mengadakan upacara akhir yang dipanggil 'kenduri akhir' sebelum hasil yang didakwa sepatutnya muncul dalam tempoh 24 jam. Apabila tidak memperoleh hasil lelaki itu memberi alasan 'wang itu sesat'.

LinkHarakahDaily.NetNov 7, '07 9:13 PM
for everyone
Link: http://www.harakahdaily.net/bm/

Ikuti berita semasa

Penemuan "BUDU" Yang Menakjubkan

Peminat budu sekalian….

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trganu dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaat kan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Ia juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak- kanak dan orang dewasa.

Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu ialah vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria Klebsiella Pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan- ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikro gram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat jika dibandingkan dengan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara .

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

So minumlah budu mcm minum air mineral...ok!
!!__..___


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help