
A lesson in history for our leaders... lest they forget
Prime Minister Datuk Abdullah Badawi said demonstration is not our way.
"This is not the way of Malaysia. Ours is democracy and this (the gathering) is not acceptable.
He said the demonstration was not the way to bring change.
“I hope the people will understand that this wayside democracy is not the way to effect change and will not accept this move. People are willing change in a peaceful way. Not this way (
The Sun Nov 12)
Pak Lah was, of course, referring to the Saturday's rally/march to the palace by thousands of Malaysians. The march was for electoral reforms, for clean and fair elections.
Blogger Fahmi Reza has reproduced pages from our own newspapers - reporting on Malaysia’s struggle for Independence in the late 1940s. These news reports show in black-and-white our forefathers’ (and mothers’) struggle in the streets against the British.
"PROTEST DEMONSTRATION BY MALAYS

A big demonstration against the Malayan Union staged by 36,000 Kelantan Malays was reported by MAJLIS 9.2.1946. The Malays chose to call the White Paper as an “atomic bomb thrown by the British in Malaya”. SERUAN RA’AYAT 9.2.1946 gave the number of men who took part in the procession as 65,000. The demonstrators carried banners with inscriptions in English and Malay saying “British Government Betrays Trust”, “Can we trust British Government Again?”, “Allow Malays to exist in this world”, “Give us our rights”, “We want justice”, “We want peace but not at the expense of our rights”, etc.
The paper published the “declaration of oath” adopted by the Kelantan Malay officers who unanimously decided to tender their resignations, if their protest met with failure, and to employ most of their energy and ability in defense of their national status and their motherland.
Commenting on this procession the Chinese MING SENG 7.2.1946 said that the Kelantan Malays were now caught in a fever of nationalism and showed strong opposition to the White Paper. They were even prepared to stage a strike when it was necessary.
How, 2,000 Kedah Malays with banners and shouting slogans awaited the arrival of Major-General Hone in Alor Star to “offer their protest against the Malayan Union." -
Reported by WARTA NEGARA 4.2.1946. (Sumber: Malayan Press Digest No. 16, 10hb-16hb) Feb 1946. (Dicatat oleh Fahmi Reza di 3:08 PM)

A section of the crowd which yesterday attended the mass meeting at Farrer Park, Singapore, to support the constitutional proposals drafted by the All-Malaya Council of Joint Action and Pusat Tenaga Ra'ayat. (Sumber: The Straits Times, 22 Sept 1947)

Sumber: Buku Teks Malaysia Dalam Sejarah 3, M. Thambirajah, Federal Publications, 1979

Ada sesiapa yang tahu sejarah di sebalik perarakan dalam gambar ni? Sepanduk tulisan jawi dalam gambar itu tertulis slogan "Raja Dan Rakyat Patut Bersatu, UMNO Setapak, Kuala Lumpur". (Dicatat oleh Fahmi Reza di 11:12 PM)

Berikut merupakan petikan dari buku 'Sejarah Perjuangan UMNO' yang ditulis oleh Ibrahim Mahmood, salah seorang pengasas UMNO yang menurunkan tandatangan dalam Piagam UMNO pada 11 Mei 1946.
Lawatan Capt. Gammans Dan Lt. Col. Rees Williams
Di dalam bulan Mei tahun 1946, apabila tibalah masanya dua orang ahli Parlimen British iaitu Capt. L.D. Gammans (dari Parti Conservative) dan Lt. Col. Rees Williams (dari Parti Labour), melawat ke Tanah Melayu atas jemputan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menyaksikan keadaan sebenar yang sedang berlaku di dalam kebangkitan bangsa Melayu menentang Malayan Union, ketika itu, orang-orang Melayu di mana negeri di Seluruh Tanah Melayu yang dilawati oleh kedua-dua ahli Parlimen British itu, telah keluar dengan ramainya dengan mengadakan perarakan-perarakan dan perhimpunan- perhimpunan raksasa tunjuk perasaan dengan cara masing-masing di tiap-tiap negeri itu.
Di Johor
Berpuluh ribu manusia telah berhimpun di halaman Istana Besar Johor Bahru (lihat gambar di atas) iaitu tempat pertama dilawati oleh Capt. Gammans - iaitu satu bantahan terhadap keadaan "roh dan semangat Raja-raja Melayu dan rakyat telah diceraikan daripada mereka".
(Sumber: Buku Sejarah Perjuangan UMNO, Ibrahim Mahmood, Penerbitan Pustaka Antara, 19)81

Berikut merupakan petikan dari buku 'Sejarah Perjuangan UMNO' yang ditulis oleh Ibrahim Mahmood, salah seorang pengasas UMNO yang menurunkan tandatangan dalam Piagam UMNO pada 11 Mei 1946.
Di Perak
Pada 28 haribulan Mei tahun 1946, kedua-dua Ahli Parlimen British itu pun sampai ke Kuala Kangsar.
Di sinilah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah mengadakan perhimpunan raksasa orang-orang Melayu yang terbesar sekali di hadapan Keptan Gammans dan Lt. Col. Rees Williams ahli-ahli Parlimen British itu.
Perhimpunan ini telah diadakan di sebuah padang besar di bandar itu. Orang-orang Melayu dari seluruh negeri Perak, lelaki dan perempuan, tua muda dan kanak-kanak telah berkumpul berpuluh ribu banyaknya di dalam perhimpunan raksasa itu.
(Sumber: Buku Sejarah Perjuangan UMNO, Ibrahim Mahmood, Penerbitan Pustaka Antara, 1981) (Dicatat oleh Fahmi Reza di 11:10 PM)

(Sumber: The Malaya Tribune, 2 April 1946) (Dicatat oleh Fahmi Reza di 9:09 PM)
Source:
Fahmi Reza:
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/
Senario berlaku bi London oleh pelajar-pelajar Malaysia dan Kuala Lumpur ketika Demontrasi Bersih Di adakan






Demontrasi cara aman oleh pelajar Malaysia di Landon
SENARIO DI KUALA LUMPUR










Bagaimanakah Sebenarnya Perhimpunan Aman Yang Dibenarkan oleh Kerajaan dan PolisPosted on Saturday, December 22 @ 08:17:34 MYT by SongkokPutih
Oleh mumayu
"Oleh: Mior Isfandy Mior Azizan
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) berpendirian bahawa sistem demokrasi di Malaysia pada aras yang membimbangkan. Beberapa hari sahaja sebelum daripada ini, beberapa tangkapan dibuat terhadap ahli-ahli politik pembangkang, aktivis-aktivis mahupun rakyat Malaysia sendiri.
Ini ekoran daripada himpunan-himpunan yang diadakan di Kuala Lumpur yang menuntut Kerajaan Malaysia untuk mendengar segala bentuk kepincangan yang diajukan samada dari aspek sistem kerajaan, hak asasi manusia mahupun hak rakyat minoriti.
Justifikasi yang diberikan oleh kerajaan atau lebih tepat lagi YAB Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara adalah larangan berhimpun di kawasan umum tanpa permit (perhimpunan haram) kerana ia adalah satu tindakan yang salah di sisi undang-undang.
Bahkan ia boleh mencetuskan situasi yang tidak terkawal atau mencetuskan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia. Jadi, bagaimanakah caranya kerajaan atau pihak polis hendak memastikan perhimpunan yang hendak diadakan oleh mana-mana pihak berjalan dengan aman tanpa sebarang kekacauan dan tidak mempunyai unsur provokatif?
GAMIS berpendapat bahawa tindakan berdemonstrasi atau berhimpun beramai-ramai adalah merupakan satu klimaks untuk menyuarakan pendirian sesuatu pihak selepas saluran-saluran diplomasi telah digunakan sebaik mungkin. Sudah pasti agenda yang hendak diperjuangkan berunsur sejagat dan memenuhi tuntutan sebilangan besar rakyat Malaysia. Demonstrasi juga boleh dianggap sebagai satu teguran kepada mana-mana pihak ataupun kerajaan sendiri setelah suara-suara kecil yang diperjuangkan sebelum itu tidak dilayan.
Secara logiknya, untuk meluluskan sesuatu permit perhimpunan, mestilah dicermati mengapa, apa dan bagaimana ia akan diadakan. Persoalan siapa yang menganjurkan perhimpunan itu bukanlah satu persoalan yang penting kerana sebagai warganegara Malaysia, hak untuk berhimpun dijamin mengikut lunas perlembagaan.
Sebagai contoh, peristiwa 10 November yang lalu adalah merupakan agenda yang hendak diperjuangkan oleh BERSIH. Agenda yang bukan bersifat perkauman atau prejudis terhadap mana-mana agama atau untuk memecah belahkan perpaduan rakyat, tetapi ia merupakan satu agenda rakyat yang menuntut agar Pilihan Raya Umum berlangsung secara bersih dan adil. Agenda untuk memastikan proses pemilihan pemimpin negara selepas ini mestilah dilaksanakan secara telus. Ia untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.
Timbul persoalan, mengapa pihak polis tidak juga membenarkan himpunan ini diadakan? Adakah kerana membimbangkan keselamatan rakyat?
Bagaimana pihak polis begitu pasti sekiranya himpunan ini diadakan maka negara akan huru hara sehingga tidak meluluskan permit?
Pihak polis sendiri mesti mengeluarkan satu kaedah bagaimana untuk mengadakan perhimpunan yang selaras dengan lunas perlembagaan Malaysia dan hak asasi rakyat.
Sekiranya anggota-anggota polis mahupun FRU yang dikerah hanya mengawal selia trafik jalan raya, menjaga keselamatan para demonstran dan berdiri memastikan keadaan terkawal, GAMIS yakin himpunan itu akan berjalan dengan baik dan lancar. Tidak perlu kepada semburan air asid, tembakan gas pemedih mata mahupun peluru hidup dan tidak perlu kepada tangkapan penganjur-penganjur demonstrasi.
GAMIS berasa bimbang apabila saluran demokrasi yang sepatutnya jalan yang terbaik untuk diaplikasikan di negara kita sudah semakin kritikal dan hanya menguntungkan satu pihak sahaja terutamanya pihak pemerintah. Ini tidak termasuk lagi hak untuk bersuara, kebebasan media dan kebebasan akademik. Lebih parah lagi sekiranya semua sekatan ini adalah merupakan senjata pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dalam Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.
"
UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26921199
Perhimpunan- perhimpunan menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.
Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu, penakut dan dayus
Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.
Peristiwa 1946 dibahasa di DUN Kelantan
Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan baru-baru ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.
Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.
Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.
Hujjah seterusnya,Perhimpu nan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan- perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.
Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.
Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.
Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa
Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung- jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.
Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menDi kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan? ? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..
Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.
Penutup
Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.
40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.
Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda. Dr Lo’lo’ bt Hj Mohd Ghazali AJK PAS Pusat 30.11.2007 (M@RHAEN