Mohamad Shuhmy's posts with tag: gurindam

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag gurindam
Blog EntryGURIMDAM PAK LAHMar 12, '08 2:34 AM
for everyone
GURIMDAM PAK LAH
 
Please let the pics open. Might take some time on a slower connection.
Or might be server problem
 
Read articles On parenting? Click here
 
Panas ku sangka hingga ke petang,
Rupanya hujan di tegahhari,
Kelantan ku sangka mudah ditawan,
Rupanya ku hilang 5 negeri.
Sungguh malang nasib ku ini,
Tiada kampung tiada negeri,
Penang negeriku ditawan DAP,
Tak tau kemana nak bawa diri.
Andai baiknya ku undur diri,
Bagi peluangku kepada khairy,
sambil kutumpu kepada isteri
Manalah tau kot2 dapat baby
 

Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi

Nukilan: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi 2004

Puisi itu diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia oleh Dr. Victor A. Pogadaev, Profesor Madya Universiti Malaya.

 
 
AMBILAH WAKTU

Ambillah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
Ambillah waktu untuk
berdoa, itu adalah sumber ketenangan,
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
Ambillah waktu untuk
mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan,
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati,
Ambillah waktu untuk
memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti,
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan,
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga


Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita 

Kadang kala
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita

Kadang kala
ketika kita risau
tiada org nampak kerisauan kita

Kadang kala
ketika kita gembira
tiada org nampak kegembiraan kita

tapi

KENTUT !! Sekali je cukup....

Semua orang tau!!

Hahahaha!!


GOTCHA!!!

YB, Jadilah wakil rakyat bukannya wakil syahwat
Posted on Friday, March 14 @ 01:56:52 MYT
 Oleh madihah_solehah

"dari: www.tamanilmu.com

SPR kata PRU12 telus
Pengundi luar dan hantu bertali-arus
Datang Terengganu undi kerana fulus
Pilihanraya di Terengganu tak lagi kudus

BA menang walaupun PRU12 pincang
Tsunami rakyat tak boleh dihalang
5 negeri menang walau Terengganu hilang
Kelantan PAS perintah penuh gemilang

ADUN dan ahli Parlimen adalah amanah
Diberi rakyat sepenggal sekali
Jika amanah menjadi punah
Bukan sahaja dunia, Akhirat juga rugi

Berkhidmatlah dengan penuh jujur
Bukan hanya slogan selamat, aman, makmur
Untuk rakyat membawa obor
Menjadi bekal hingga ke kubur

Ambillah contoh MB Kelantan
Sangat dekat dan takutkan Tuhan
Negeri ditadbir penuh pertanggungjawaban
Kerana bimbang azab tak tertahan

Tok guru cukup ikhlas
Kepada rakyat sangat belas
Budi dan jasa sudah dibalas
Kelantan terus diperintah PAS

KM P.P, MB Perak, Selangor dan Kedah
Semua YB BA tunaikan penuh amanah
Keadilan ditegak, kezaliman disanggah
Moga berkat Tuhan melimpah

Jangan jadi macam YB satu lagi
Bila kalah larikan kunci
Kerana fail rasuah melingkari diri
Harta negara macam harta sendiri

Jangan ingat diri selamat
Dokumen dibakar bukti ditamat
Allah tak tidur tetap melihat
Tetap dibalas di hari Kiamat

Taufik Ghani sahabat YB contoh
Menang Paroi rakyat tak bodoh
50 % gaji dipotong bukan seloroh
Moga PAS N.S bertambah kukuh

PRU 12 catat sejarah
BA menang banyak BN gelisah
BN sudah cedera parah
Tak mustahil Malaysia nanti BA perintah!


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara





© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help