Mohamad Shuhmy's posts with tag: jodoh

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag jodoh
Blog EntryMakna Tanggal Lahir IIOct 25, '07 3:28 PM
for everyone
Link

Rahsia Tarikh Kelahiran

SEKADAR RENUNGAN AJE.. JANGAN PERCAYA

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir  tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai  orang  yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi  kerana  bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi  segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan  persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri  membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul  denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah.Dia paling benci jika  cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar  dicintainya.Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru  dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis  sering  mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

 3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan  yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia  akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam  bergaul.Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 3, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai,suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupa dan faktor penyebab  timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis,  bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi.Namun begitu dia  adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi  sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta,berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi  sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu  menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu  dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah  meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih  dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.  Dia  memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir ataupun dalam  kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah  gugup  dan  selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha  mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah   dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling  jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah  untuk  dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada  perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang  huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih  diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi olih kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian.


ReviewReviewReviewMendapat JodohJul 16, '07 10:08 PM
for everyone
Category:Other
Seorang Sahabat e-mail kan soalan ini untuk tatapan dan bertanya pada saya dalam pertemuan jodoh.Kita sama-sama baca dan ambil iktibar dari saoan dan jawapan yang telah diberikan:

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada satu soalan dan diharap ustaz dapat membantu saya. Baru-baru
ini saya diberitahu oleh seorang kawan, jika ingin cepat dapat jodoh,
kita perlu mandi kolah di 7 masjid yang berbeza. Adakah ini benar?
Kenapa mesti 7 kali dan kenapa mesti mandi kolah? Bukankah sekarang
ini, kebanyakkan masjid sudah mempunya paip? Harap ustaz dapat
membantu saya. Dikhuatiri niat yang baik akan jadi syirik kepada
Allah S.W.T

JAWAPAN

Wa'alaikumussalam,

Allah SWT berfirman dalam surah An-Naml ayat 65 : "dan katakanlah hai Muhammad kepada umatmu, bahawia tiada siapa di langit mahupun di bumi yang mengetahui perkara Ghaib kecuali Allah"

Justeru, hal mendapat jodoh pada masa hadapan adalah termasuk satu perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia..Ia hanya diketahui oleh Allah SWT.

Demikian juga, perkara yang boleh memberikan kesan secara ghaib samada membawa kebaikan atau kejahatan. Ia juga adalah termasuk dalam unsur ghaib.

Maka Nabi SAW tidak membenarkan kita untuk meyakini apa jua ramalan ghaib dari para bomoh dengan sabdanya : " Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung, lalu mempercayai (ramalannya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad"

Nabi juga menyebut tentang hal orang yang mengaitkan sesuatu sial atau bencana dengan sesuatu perkara " At-Tiyaratu Syirkun" (ertinya : Seungguhnya mempercayai sial itu adalah syirik)

Dr Yusof al-Qaradawi mengatakan bahawa hadith termasuklah menganggap sial pada binatanag, tempat atau masa. (al-Halal wal Haram fil islam)

Maka termasuklah juga menganggap 'barakah' atau membawa 'kebaikan" secara magik apabila membuat sesuatu perkara, pada satu masa atau pada satu tempat, KECUALI APABILA TERDAPAT nas sohih yang menyebut tentang kehebatan atau kelebeihan tempat atau benda itu. sepeti Mekah, hajarul Aswad dan lain-lain.

Maka tiada nas atau dalil dari al-Quran dan Al-Hadith yang menyebet tentang istimewanya air kolah dari 7 masjid kepada jodoh seseorang.

Justeru, boleh lah saya kelaskan kawan anda sebenarnya telah berperanan seperti seorang 'bomoh' kerana meramalkan perkara ghaib dengan mengkaitkannya pula kepada sesuatu yang tiada dalil quran dan sunnah. Jelasnya ia adalah satu perkara yang amat bertentnag dengan Islam.

Kerana itu, anda tidak boleh sesekali mempercayai kekarutan rakan anda yang menyuruh mandi 7 kolah itu, apatah lagi anda melaksanakannya.

Apa yang perlu anda lakukan untuk bertemu jodoh, hanyalah dengan berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan mendapat jodoh. Jika ingin mendapat jodoh yang baik, menurut al-Quran, anda juga mesti baik..berdalil ayat Al-Quran ertinya " Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat...dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...." (An-Nur : 26)

juga firman Allah dalam surah an-nur ayat 3.

Ertinya : Penzina lelaki tiada akan berkahwin kecuali dgn penzina wanita atau orang kafir.."

sekian,

Bersama Memartabatkan Al-Quran & Menegakkan As-sunnah s.a.w


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help