Mohamad Shuhmy's posts with tag: kawan
A. Siapa Sahabat dan yang Wajib Diyakini Tentang Mereka
Sahabat (الصحابة) adalah bentuk jama’ dari shahabi (صحابي), sahabat adalah orang yang bertemu dengan Nabi s.a.w., beriman kepadanya dan meninggal dalam keadaan demikian.
Yang wajib diyakini tentang mereka iaitu bahawa para sahabat adalah sebaik-baiknya umat dan generasi, kerana mereka terlebih dahulu beriman, menemani Nabi s.a.w., berjihad bersama beliau, dan membawa serta menyampaikan syariat kepada orang-orang sesudah mereka. Allah memuji mereka dalam firman-Nya,
“Dan orang-orang Yang terdahulu - Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (at-Taubah: 100)
Juga dalam firman-Nya,
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutny a berkembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan berkembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar. (al-Fath: 29)
Dan dalam firman Allah s.w.t. yang lain:
(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung. (al-Hasyr: 8-9)
Dalam ayat-ayat tersebut di atas Allah memuji orang-orang Muhajirin dan Anshar serta memberi mereka sifat sebagai orang-orang yang bersegera kepada kebaikan. Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia telah meredhai mereka dan menyediakan untuk mereka syurga-syurga. Sifat-sifat lain yang diberikan oleh Allah kepada mereka adalah:
1. Mereka saling berkasih sayang di antara mereka dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir.
2. Mereka adalah orang-orang yang banyak ruku’ dan sujud.
3. Mereka adalah orang-orang yang baik dan bersih hatinya.
4. Mereka adalah orang-orang yang dikenali dengan ketaatan dan keimanannya dan bahawa Allah memilih mereka untuk menjadi sahabat Nabi-Nya s.a.w., sehingga menjadi marah musuh-musuh dan orang-orang kafir.
Di samping itu, Allah juga menyebutkan bahawa kaum Muhajirin meninggalkan kampung halaman dan harta benda mereka kerana Allah, untuk menolong Agama-Nya serta untuk mencari anugerah dan keredhaan-Nya. Dan mereka memang benar-benar demikian lalu Allah juga menyebutkan bahawa kaum Anshar adalah penduduk Darul Hijrah (kampung tempat hijrah), kaum yang beriman dan terpercaya. Allah menyifati mereka dengan cinta kepada saudara-saudara mereka dari kalangan Muhajirin, lebih mengutamakan mereka daripada diri mereka sendiri serta hati mereka bersih dari sifat kikir, sehingga mereka menjadi orang-orang yang beruntung.
Di dalam beberapa ayat yang lain Allah menyatakan:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Ali Imran: 110)
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (al-Baqarah: 143)
Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu. (al-Anfal: 64)
Melalui beberapa ayat di atas, jelas menyebut keutamaan umat pada masa turunnya ayat tersebut (manusia dari kalangan para sahabat).
Dan berikut adalah dari beberapa hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan keutamaan para sahabat:
“Sesungguhnya Allah telah memilih (memuliakan) para sahabatku atas semua jin dan manusia, kecuali para nabi dan rasul. (Hadis Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibnu Hajar dalam al-Isabah, semua perawinya tsiqah)
Muliakanlah para sahabatku, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang terbaik bagi kamu. (Hadis Riwayat oleh al-Baihaqi)
Tiada seorang nabi pun kecuali dibangkitkan oleh Allah ‘azza wa Jalla ada bersamanya umat yang menjadi penolongnya, para sahabatnya yang mengambil agama melalui sunnahnya dan mencontohinya dalam melaksanakan semua perintahnya. (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku (para sahabat), kemudian kurun selepasnya, dan kemudian kurun selepasnya. (Hadis Riwayat Muslim)
Demikian itulah beberapa hujjah yang menunjukkan keutamaan mereka (para sahabat) secara umum. Di samping itu, mereka memiliki keutamaan khusus dan setiap mereka berbeza darjat keutamaannya dari yang lain dengan berdasarkan permulaan masuk kepada Islam, jihad dan hijrah.
Adapun sahabat yang paling utama adalah Khulafa’ Rasyidin yang empat, yakni Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali. Selanjutnya enam sahabat lain dan sepuluh sahabat yang dikhabarkan pasti masuk syurga bersama mereka. Yakni Thalhah, Zubair, Abdurrahman bin Auf, Abu Ubaidah bin Jarrah, Sa’d bin Abi Waqqash dan Sa’id bin Zaid. Kemudian orang-orang Muhajirin lebih utama daripada orang-orang Anshar. Juga para sahabat yang mengikuti perang Badar dan Bai’atun Ridhwan lebih utama dari sahabat yang lain. Dan sahabat yang masuk Islam sebelum dibebaskannya kota Makkah dan ikut berperang (jihad) lebih utama daripada sahabat yang masuk Islam setelah pembebasan kota Makkah.
B. Mazhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam Hal Peperangan dan Fitnah Yang Melibatkan Sesama Para Sahabat
Dalam hal ini ada dua kaedah penting yang wajib diketahui:
Pertama: Ahlus Sunnah wal Jama’ah bersikap diam terhadap apa yang terjadi di antara para sahabat serta tidak membahaskannya. Sebab jalan yang selamat dalam menyikapi hal seperti ini adalah diam seraya berkata,
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan Janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (al-Hasyr: 10)
Kedua: Menjawab pelbagai atsar (riwayat berkaitan sahabat) yang diriwayatkan tentang kejelekan para sahabat melalui beberapa penafian:
1. Sesungguhnya di antara atsar tersebut terdapat atsar yang didustakan dan diada-adakan oleh musuh-musuh mereka untuk memperburuk nama baik mereka.
2. Sesungguhnya di antara atsar tersebut ada yang telah ditambah, dikurangi mahupun diubah dari yang aslinya, sehingga di dalamnya terdapat kedustaan. Atsar tersebut telah diubah, kerana itu, tidak perlu diperhitungkan.
3. Di antara atsar sahih mengenai hal tersebut, yang jumlahnya sedikit, sesungguhnya mereka dalam hal tersebut boleh difahami kerana ada dua kemungkinan. Yakni sebagai mujtahid yang benar atau sebagai mujtahid yang salah. Persoalan hal tersebut adalah masih di dalam ruang ijtihad, di mana jika seorang mujtahid itu benar maka dia mendapat dua pahala dan jika ia salah maka dia memperoleh satu pahala dan kesalahannya diampuni. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.,
“Jika seorang hakim berijtihad dan benar (ijtihadnya) maka dia memperolehi dua pahala. Jika ia berijtihad dan salah (ijtihadnya) maka ia memperolehi satu pahala.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Amr bin al-Ash)
4. Sesungguhnya mereka adalah manusia biasa. Kerana itu adalah wajib jika salah seorang mereka bersalah, sebab mereka tidak suci dari dosa, sebagai seorang manusia. Akan tetapi apa yang terjadi pada mereka telah banyak pelupus-nya, di antaranya:
Pertama, boleh jadi ia telah bertaubat dari padanya, dan taubat itu menghapus keburukan/kesilapan dan betapa pun kesalahan itu adanya. Demikian sebagaimana disebutkan dalam pelbagai dalil.
Kedua, bahawasanya mereka memiliki keutamaan dan anugerah yang mewajibkan diampuninya dosa yang mereka lakukan, jika itu memang ada. Allah s.w.t. berfirman,
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang huruk.” (Hud: 114)
Di samping itu mereka adalah sahabat Nabi s.a.w., dan berjihad bersama beliau s.a.w., merupakan sesuatu yang berupaya menghapuskan kesalahan yang lebih kecil.
Ketiga, bahawasanya kebaikan mereka itu dilipat-gandakan lebih banyak dari selain mereka, bahkan tidak seorang pun yang menyamai keutaman mereka. Dan telah dengan tegas diberitakan oleh Nabi s.a.w., bahawa mereka adalah sebaik-baik generasi. Dan bahawa satu mud (sebelah tapak tangan) yang disedekahkan oleh salah seorang dari mereka itu lebih utama dari satu gunung emas yang disedekahkan oleh selain mereka. Semoga Allah meredhai mereka (radhiallahu ‘anhum).
Musuh-musuh Allah telah memanfaatkan apa yang terjadi di antara para sahabat pada masa fitnah perselisihan dan peperangan sebagai alasan untuk mencela dan memperlekehkan kemuliaan para sahabat. Program keji ini telah dilancarkan oleh sebahagian penulis kontemporeri, di mana mereka berbicara tentang apa yang tidak mereka ketahui. Mereka menempatkan diri sebagai hakim di antara para sahabat Rasulullah s.a.w., yang membenarkan sebahagian mereka dan menyalahkan sebahagian yang lain tanpa dalil. Bahkan berdasarkan kebodohan dan mengikuti hawa nafsu serta dengan mengulang-ulang apa yang dikatakan oleh orang-orang yang menyimpan kegusaran (kebencian) dan penuh kedengkian dari kalangan orientalis dan murid-muridnya. Usaha-usaha mereka itu berhasil membuat keraguan sebahagian pemuda Islam yang masih dangkal (cetek) pengetahuan sejarahnya tentang umat dan generasi terdahulunya yang mulia, walhal merekalah sebaik-baik generasi. Pada langkah selanjutnya, mereka ingin mencaci Islam, memecah belah persatuan umat Islam, serta menaruh sikap benci di hati generasi akhir dan umat ini terhadap generasi terdahulunya (dari golongan sahabat iaitu generasi paling awal beriman), sehingga tidak lagi mengikuti jejak para salaf as-soleh dan mengamalkan firman Allah s.w.t.,
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (al-Hasyr: 10) LARANGAN MENCACI PARA SAHABAT DAN PARA IMAM A. Larangan Mencela Sahabat Nabi s.a.w.
Salah satu prinsip-prinsip utama yang dimiliki oleh Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah (kewajiban) menjaga hati-hati dan lisan-lisan mereka (dari mencela) sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya, Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (al-Hasyr: 10) Hal ini juga termasuk bentuk kepatuhan terhadap perintah Rasulullah s.a.w., dalam sabdanya, “Janganlah kalian mencaci sahabat-sahabatku. Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kalau pun sekiranya seorang dari kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, (hal itu) tidak akan menyamai infak satu mud atau setengan mud dari salah seorang mereka.” (Mutafaq ‘alaih) Manhaj Ahlus Sunnah menerima semua yang disebutkan di dalam kitab dan sunnah tentang keutamaan-keutamaan mereka, dan meyakini bahawa mereka adalah generasi terbaik, seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w., “Sebaik- sebaik kalian adalah generasiku (kelompok manusia dari kalangan sahabat).” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Dan ketika Rasulullah s.a.w., menyebutkan bahawa umatnya akan terpecah menjadi 73 golongan dan bahawasanya semuanya (tempatnya) di neraka kecuali satu golongan saja, lalu para sahabat bertanya kepada beliau tentang golongan yang satu in, dan beliau s.a.w. menjawab, “Mereka adalah orang yang berada pada (jalan) seperti (jalan) yang aku dan sahabat-sahabatku berada di atasnya hari ini.” (Hadis Riwayat Ahmad dan lainnya) B. Larangan Mencela Para Imam Dan Ulama Umat IniSetelah para sahabat, yang menduduki tingkatan berikutnya dalam keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tinggi (selepas generasi para sahabat) adalah para imam dari kalangan tabi’in dan para pengikut mereka dari generasi-generasi berikutnya dan juga orang-orang yang datang setelah mereka yang mengikuti dengan baik jejak para sahabat sebagaimana firman Allah s.w.t., Dan orang-orang yang terdahulu yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dari orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. (at-Taubah: 100) Oleh kerana itu, tidak boleh kita mencaci dan mencela mereka, ini adalah atas sebab mereka adalah merupakan tokoh-tokoh dalam menunjuki jalan yang benar. Allah s.w.t. berfirman, Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginda dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia binasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (an-Nisa’: 115) Al-Imam Ibnu Abil ‘lzz (pensyarah kitab at-Thahawiyah) berkata, “Diwajibkan bagi setiap muslim, setelah dia memberikan kesetiaan dan kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya, untuk memberikan kesetiaan dan kecintaannya pula kepada orang-orang mukmin. Sebagaimana yang telah diungkapkan oleh al-Qur’an, khususnya kesetiaan dan kecintaan itu diberikan kepada mereka yang termasuk pewaris para nabi (ulama) yang mereka dijadikan oleh Allah s.w.t. seperti bintang-bintang yang boleh dijadikan tunjuk arah dalam kegelapan di darat mahupun di laut, dan kaum muslimin telah bersepakat bahawa mereka mendapat hidayah dan pengetahuan (tentang syariat). Merekalah para pengganti Rasul dalam umatnya dan merekalah yang menghidupkan kembali sunnah-sunnah (ajaran) beliau yang telah mati (ditinggalkan) . Dengan mereka kitab al-Qur’an menjadi tegak (syi’arnya) dan dengan Kitab al-Quran mereka bangkit, dengan mereka kitab al-Qur’an dapat sampai (kepada kita), dan dengan kitab al-Qur’an mereka berbicara. Mereka semua telah bersepakat dengan penuh keyakinan atas wajibnya (seorang muslim) mengikuti ajaran Rasulullah s.a.w., akan tetapi bila ada pendapat yang dikemukakan salah seorang mereka ternyata bertentangan dengan hadis sahih maka tentu saja ada sesuatu alasan baginya untuk meninggalkannya. Alasan-alasan itu ada tiga iaitu: 1. Dia tidak meyakini bahwa Nabi s.a.w., bersabda demikian. 2. Dia tidak meyakini bahawa sabda Nabi s.a.w., itu dimaksudkan untuk masalah tertentu. 3. Keyakinan bahawa hukum tersebut telah di hapus. Mereka itu berjasa pada kita semua, merekalah yang lebih dahulu memeluk Islam dan menyampaikan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita. Merekalah yang menjelaskan kepada kita hal-hal yang tidak kita ketahui dari syariat ini, maka Allah pun redha kepada mereka dan menjadikan mereka redha (kepada-Nya) "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (al-Hasyr: 10) Memperlekehkan ulama, hanya Kerana keliru dalam berijtihad adalah sikap orang-orang ahli bid’ah dan juga termasuk strategi musuh-musuh umat Islam untuk menimbulkan keraguan dalam agama Islam dan membangkitkan permusuhan dikalangan umat Islam, serta untuk memutuskan hubungan antara generasi Islam masa kini dengan pendahulu-pendahulu nya, juga bagi tujuan memecah belah antara kaum muda dan para ulama seperti yang banyak terjadi di zaman ini. Semoga kita beroleh Taufiq dan Hidayahnya. Wallahu a’lam... Ahlul bait adalah keluarga Nabi yang diharamkan bagi mereka untuk menerima shadaqah (zakat). Mereka adalah keluarga Ali r.a., keluarga Ja’far, keluarga Aqil, keluarga al-Abbas, keturunan al-Harits bin Abdil Muththalib serta isteri-isteri Nabi s.a.w., dan putera-puteri beliau.
Hal itu berdasarkan firman Allah s.w.t.,
“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (al-Ahzab: 33)
Imam lbnu Katsir rahimahullah berkata, “Sesuatu yang tidak diragukan lagi dan perenungan terhadap al-Qur’an adalah bahawa isteri-isteri Nabi s.a.w., itu termasuk dalam firman-Nya,
“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (al-Ahzab: 33)
Sebab pembicaraan masalah tersebut berkaitan dengan mereka. Kerana itu Allah s.w.t. berfirman sesudahnya,
“Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dan ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu).” (al-Ahzab: 34).
Ertinya, amalkanlah apa yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya di rumah kalian, sama ada al-Qur’an mahupun as-Sunnah. Demikian sebagaimana dikatakan oleh Qatadah dan lainnya. Lalu ingatlah nikmat yang diberikan Allah khusus kepada kalian di antara manusia. Dan bahawasanya wahyu itu diturunkan Allah di rumah kalian, tidak di rumah orang lain. Dan Aisyah binti Abu Bakar r.ha adalah yang paling utama dari mereka dengan nikmat tersebut serta yang paling istimewa menerima rahmat yang banyak tersebut. Sebab tidak pernah turun wahyu kepada Rasulullah s.a.w. di tempat tidur perempuan selain tempat tidur Aisyah r.ha. Demikian seperti disebutkan Nabi s.a.w.. Sebahagian ulama mengatakan, hal itu kerana Nabi tidak menikah dengan gadis selainnya dan tidak ada laki-laki lain yang tidur di tempat tidurnya selain beliau s.a.w. (maksudnya, Aisyah tidak menikah dengan selain Nabi s.a.w.). Kerana itu, adalah tepat jika Aisyah dikhususkan dengan keistimewaan dan kedudukan yang tinggi tersebut.
Selanjutnya, jika para isteri Nabi s.a.w. adalah termasuk keluarga (ahlul bait) Nabi s.a.w., maka para kerabatnya lebih berhak untuk mendapatkan sebutan ahlul bait. Demikian sebagaimana ditulis dalam Tafsir Ibnu Katsir.
Ahlus sunnah wal Jamaah mencintai Ahlul bait Rasulullah s.a.w., setia kepada mereka dan selalu menjaga wasiat Rasulullah s.a.w. yang diucapkannya pada hari Ghadir Khum (nama tempat):
“Aku mengingatkan kalian kepada Allah dalam hal ahli baitku.” (Hadis Riwayat Muslim)
Ahlus Sunnab wal Jamaah mencintai ahlul bait dan memuliakan mereka, sebab hal itu termasuk kecintaan terhadap Nabi s.a.w.. Tetapi hal itu harus dengan syarat bahawa mereka mengikuti sunnah dan berada dalam agama yang lurus. Sebagaimana para salaf mereka, seperti al-Abbas dan putra-putrinya serta Ali dan putra putrinya. Adapun mereka yang menyelisihi sunnah dan tidak berada dalam agama yang lurus, maka kita tidak boleh setia kepada mereka, meskipun mereka itu termasuk ahlul bait.
Jadi, sikap Ahlus Sunnah wal-Jamaah terhadap ahlul bait adalah sikap adil dan inshaf (lurus/jalan tengah). Mereka setia kepada ahlul bait yang berpegang teguh pada agama dan lurus dengannya, serta berlepas diri dari yang menyelisihi sunnah dan berpaling dari agama, meskipun ia termasuk ahlul bait keberadaannya sebagai ahlul bait dan kedekatannya dengan Rasul s.a.w., dari sisi kekerabatan sungguh tidak bermanfaat sedikit pun untuknya, sampai ia berada pada agama yang lurus.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, “Ketika diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ayat,
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat” (Asy-Syu’ara’: 214)
Maka beliau s.a.w. bersabda,
“Wahai segenap kaum Quraisy! —atau kalimat sejenis—, belilah diri kalian sendiri, sesungguhnya aku tidak berguna sama sekali bagi kalian di hadapan Allah. Wahai Abbas bin Abdul Muthalib! Sesungguhnya aku tidak berguna sama sekali bagimu di hadapan Allah. Wahai Shafiyyah, bibi Rasulullah! Sesungguhntja aku tidak berguna sama sekali bagimu di hadapan Allah. Wahai Fathimah binti Muhammad! Mintalah kepadaku harta bendaku sesukamu, tetapi sesungguhnya aku tidak berguna sama sekali bagimu di hadapan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Dan Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
“Barangsiapa amalnya lambat, maka nasabnya tidak boleh mempercepat amalnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Ahlus Sunnah Wal-Jama’ah dalam hal ini juga dalam hal-hal lain selalu berada dalam manhaj yang adil dan jalan yang lurus, tidak meremehkan juga tidak berlebih-lebihan.
http://aqidah- wa-manhaj. blogspot. com/2008/ 01/038-keutamaan -ahlul-bait- dan-kewajiban. html
http://aqidah- wa-manhaj. blogspot. com/2008/ 01/039-keutamaan -sahabat- dan-yang- wajib.html
 | Sahabat | Nov 26, '07 11:30 PM for everyone |
 | KAWAN | Nov 26, '07 10:02 PM for everyone |
1) kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak.. 2) kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak.. 3) kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang.. 4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang.. 5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.. 6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul.. 7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit, jual.. ambik kereta baru.. 8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak.. 9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik. 10) lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.. Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. Teman sejati adalah yang selalu hadir ketika kita sedih... Teman setia adalah yang senantiasa ada dikala kita bahagia...
Yang selalu mengingatkan disaat kita salah Yang membimbing kita disaat kita bimbang Yang membantu kita disaat kita memerlukan Yang memberi tausyiah tanpa diminta Yang mengerti kita tanpa menuntut untuk dimengerti Yang membantu tanpa meminta balasan, dan... Yang mencintai karena ALLAH.. Sahabatku... Janganlah berjalan dibelakangku, Karena mungkin ku tak dapat membimbingmu... Jangan pula berjalan didepanku, Karena mungkin ku tak dapat mengikutimu... Tapi berjalanlah seiring denganku Walau ku bukan teman baik bagimu
Tapi mesra selalu KAWAN TIDAK MUDAH DICARI TETAPI LAWAN MEMANG MUDAH, OLEH ITU BERHATI-HATILAH MEMILIH KAWAN To every thing there is a season, and a time to every purpose under the heaven: A time to be born, and a time to die; a time to plant, and a time to pluck up that which is planted; A time to kill, and a time to heal; a time to break down, and a time to build up; A time to weep, and a time to laugh; a time to mourn, and a time to dance; A time to cast away stones, and a time to gather stones together; a time to embrace, and a time to refrain from embracing; A time to get, and a time to lose; a time to keep, and a time to cast away; A time to rend, and a time to sew; a time to keep silence, and a time to speak; A time to love, and a time to hate; a time of war, and a time of peace.
When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U.... U Asked Me: "What Is It?" When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U... U Blushed.. U Look Down And Smile..
When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U... U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand... Afraid That I Might Dissapear...
When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U... U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N Said : "U Better Be Quick, Is's Gonna Be Late.."
When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U... U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."
When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U... U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It's Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."
When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U.. U Were Knitting And U Laugh At Me...
When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U... U Smile At Me..
When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U... We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I'M Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together.. When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me! I Didn't Say Anything But Cried... That Day Must Be The Happiest Day Of My Life! Because U Said U Love Me !!! Please Appreciate Your Loved Ones.. Say "I Love You" To Them When U Have The Chance Now !!! If you love some one because you think that he or she is really gorgeous .... then it's not love .. it's " Infatuation "
If you love some one because you think that you shouldn't leave him because others think that you shouldn't ... then it's not love.. it's "Compromise"
If you love some one because you have been kissed by him ... then it's not love.. it's "Inferiority complex"
If you love some one because you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings ... then it's not love .. it's "Charity"
If you love some one because you share every thing with him ... then it's not love... it's "Friendship"
BUT... If you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him ... that's "LOVE"
If you get attracted to other people but stay with him without any regrets... that's "LOVE"
If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to ... that's "LOVE"
Kisah Empat Lilin Ada 4 lilin yang menyala. Sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka. Yang pertama berkata: "Aku adalah Damai." "Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!" Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam. Yang kedua berkata: "Aku adalah Iman." "Sayang aku tak berguna lagi." "Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala."Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya. Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: "Aku adalah Cinta" "Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala." "Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna." "Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya." Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga. Tanpa terduga… Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata: "Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!" Lalu si anak menangis tersedu-sedu. Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata: "Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya: " Akulah H A R A P A N " Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya. Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!
| |