Mohamad Shuhmy's posts with tag: kem motivasi

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag kem motivasi
LinkMohamad Shuhmy's spaceJan 15, '08 6:49 AM
for everyone

EventMOTIVASI GURU-GURU SRANov 15, '07 6:08 AM
for everyone
Start:     Dec 31, '07 10:00a
Location:     SEKOLAH RENDAH AGAMA IHSANIAH, PUCHONG
Program Suntikan motivasi guru-guru SRA Zone Tengah, JAWI
SEKOLAH RENDAH AGAMA IHSANIAH, PUCHONG
SEKOLAH RENDAH AGAMA DARUL ULUM.

Program ini di anjurkan oleh lima buah sekolah agama (5 Beradik) di bawah penaziran Ust Faridah bt Mat Zain (Pengerusi). Seramai 40 orang guru-guru (ustazah dan ustaz) hadir bersama dalam "Majlis Multaga Guru-guru".

Sentuhan dilakukan dalam aspek:
Sahsiah diri Guru-guru SRA.
Sikap dan juga disiplin guru-guru dalam menghadapi klien serta rakan sekerja.

Memandang Setiap Individu Unik, Istimewa dan Penting

Peribadi yang rendah hati biasanya memandang bahawa orang lain memiliki keunikan dan keistimewaan, sehingga dia sentiasa membuat orang lain merasa penting. Kerana sesungguhnya setiap peribadi adalah istimewa. Setiap orang adalah unik dan berhak untuk dihargai. Manusia adalah peribadi yang harus diperlakukan khusus. Manusia adalah makhluk yang sangat sensitif. Jika kita meragukan hal ini, lihat diri kita sendiri dan perhatikan betapa mudahnya kita merasa disakiti atau tersinggung.

Jika apa yang kita pikirkan mengenai orang lain berubah, maka sikap dan tindakan mereka terhadap kita juga akan berubah. Kerana manusia sangat sensitif satu sama lain dalam banyak hal, kita biasanya sangat peka terhadap apa yang difikirkan oleh satu sama lainnya. Jika hubungan kita dengan isteri/suami, kekasih, teman, rakan kerja atau orang tua kita tidak sebagaimana kita harapkan, cubalah lihat lebih jauh ke dalam fikiran kita, apa yang sesungguhnya kita fikirkan saat ini tentang orang tersebut. Kita pasti memiliki hal-hal atau gambaran yang sangat negatif atau positif tentang seseorang.

Mendengar dan Menerima Kritik

Salah satu ciri kerendahan hati adalah dapat mendengar pendapat, saranan dan menerima kritik dari orang lain. Sering dikatakan bahawa Tuhan memberi kita dua telinga dan satu mulut, yang dimaksudkan agar kita lebih banyak mendengar daripada bercakap. Kadang-kadang hanya dengan mendengarkan saja kita dapat menguatkan orang lain yang sedang dilanda kesedihan atau kesulitan. Dengan hanya mendengar, kita dapat memecahkan sebagian besar masalah yang kita hadapi. Mendengar juga bererti membuka diri dan menerima, suatu sifat yang menggambarkan kerelaan untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang lain mahupun diri kita sendiri.
Demikian halnya dengan kritik, harus sentiasa dipandang sebagai saranan untuk kita belajar dan berusaha. Kritik harus kita pandang sebagai sumber kita untuk mengembangkan diri, bukan untuk menunjukkan kita salah atau benar. Apapun bentuk dan cara penyampaian kritik harus sentiasa kita pandang positif dalam proses pembelajaran yang berlangsung terus menerus dalam hidup kita. Banyak sekali dari kita yang memandang kritik sebagai hal yang peribadi yang menunjukkan kelemahan dan kegagalan kita. Padahal sebaliknya kritik menunjukkan kemenangan dan kedewasaan kita dalam menghadapi setiap tentangan dan kesulitan.

Berani Mengakui Kesalahan dan Meminta Maaf

Salah satu ciri kerendahan hati adalah sentiasa berani mengakui kesalahan dan meminta maaf jika melakukan kesalahan atau menyinggung perasaan orang lain. Manusia rendah hati adalah manusia yang sangat peduli dengan perasaan orang lain. Bezakan dengan mereka yang sentiasa peduli dengan apa yang dikatakan orang lain. Orang seperti ini bukan rendah hati, tetapi rendah diri atau tidak memiliki rasa percaya diri, sehingga dia selalu khuatir dengan apa yang akan difikirkan atau dikatakan orang lain tentang dirinya.

Rela Memaafkan

Rela memaafkan merupakan ciri seseorang yang rendah hati. Bahkan dalam setiap agama dikatakan bahawa kita harus memaafkan kesalahan sesama kita, kerana Tuhan juga mengampuni dosa-dosa kita. Sifat ini tidak selalu kita temui dalam kehidupan seharian kita. Masih banyak dari kita yang tidak dapat memaafkan orang lain dan sentiasa hidup dalam dendam dan sakit hati. Rela memaafkan lebih ditujukan kepada kepentingan diri kita sendiri, untuk menghindarkan kita dari sakit penyakit dan tekanan dalam kehidupan kita.

Lemah Lembut dan Penuh Pengendalian Diri

Ciri yang jelas dari orang yang rendah hati adalah sikapnya yang lemah lembut (gentle) dan penuh pengendalian diri (self control). Dia tidak pernah membiarkan emosinya tidak terkendali dan lepas kontrol. Dia tidak menunjukkan kemarahan dengan sikap kasar, kata-kata yang tidak baik, atau melakukan tindakan fisik. Kemarahan dia tunjukkan dalam rangka mendidik orang lain. Kemarahan atau kekecewaan yang dirasakan sentiasa dapat dia kendalikan sepenuhnya, dalam erti bukan dilupakan, diacuhkan atau ditahan (supressed), tetapi dilepaskan dengan pasrah (released).

Sekiranya ada pertanyaan dan juga masalah yang ingin dikongsikan bersama silakan tulis dalam ruang komens dibawah ni. Saya sedia membantu, sekiranya "peribadi" tuliskan sekali email anda (segala jawapan adalah rahsia).

SEKADAR RENUNGAN

Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji, Surah An-Nisaa'(4) : 131.

Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya), Surah An-Nisaa'(4) : 132.

Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai ummat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan ummat-ummat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu, Surah An-Nisaa'(4) : 133.

Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana disisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat, Surah An-Nisaa'(4) : 134.


SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud:
"Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud:
"Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.


Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan beberapa perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

#Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan

#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Wassalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
Shadaqallaahul 'azhiim.
Benarlah firman Allah yang Maha Agung.

VideoZIKIR 3.wmvNov 10, '07 12:47 PM
for everyone
Renung-renungkanlah, sekian terima kasih.


ZIKIR 3.wmv (54.5 MB)

VideoTaubat.wmvNov 10, '07 9:42 AM
for everyone
Vedio Clip ini di uat khas untuk ceramah dan motivasi kendiri, sama-samalah kita jongsi bersama.


Movie Taubat.wmv (41.4 MB)

EventKHEMAH IBADAH DAN KEM MOTIVASIJul 10, '07 7:49 PM
for everyone
Start:     Jul 10, '07 8:00p
Location:     Sekolah Rendah Agama Diniatul Islamiah Desa Tasik
Khemah Ibadah dan Kem Motivasi 2007
Sekolah Rendah Agama Diniatul Islamiah Desa Tasik
Sungai Besi 57000, Kuala Lumpur

© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help