Cinta Allah kepada Hamba
http://nikmaa.multiply.com/journal
Memang benar kata sahabat saya ni, saya nukilkan disini dan diabadikan untuk renugan bersama. Perkataan al-hubb (cinta) dan pelbagai bentuk perkataan yang terbit daripadanya merupakan perkataan yang selalu atau sering ditemui di dalam kitab suci Al Quran. Malah, tidak kurang 80 tempat didalam kitab suci Al Quran perkataan ini disebut-sebut samaada dalam bentuk positif atau negatif. Selain itu, dalam Al Hadith pun sering ditemui perkataan tersebut.
Cinta ini dapat dibahagikan kepada dua bentuk.
Cinta Allah kepada hamba
Cinta hamba kepada Allah.
Kedua-dua bentuk ini perlu diteliti dan dipelajari secara mendalam dan keberhasilannya akan memberikan suatu tamparan yang hebat dan hanya yang mendalaminya akan mengetahui akan kehebatannya.
Cinta Allah kepada hambanya telah dihuraikan oleh ulam’-ulama’ dengan tafsiran yang berlainan, sehingga melahirkan beberapa pradigma yang juga mempunyai perbedzaan pendapatantara satu sama lain dan sehingga menjadi suatu perdebatan dan salah anggapan antara umat.
Menurut ulama salaf, cinta Allah kepada hambaNya, iaitu bahawasanya cinta itu ada pada zat Allah tanpa diketahui ‘bagaimana’ ianya dan tidak dapat ditakwil dan kekhusukkan ini tidak dapat dimilikki oleh makhluk mana pun.
Menurut pradigma lain, cinta Allah kepada hambanya bermaksud keredaanNya terhadap hamba tersebut, termasuk pujian serta balasan baik yang diberikanNya kepadanya diatas perbuatan baik dan amal solehnya.
Kedua-dua bentuk cinta ini, iaitu cinta Allah kepada hambanya dan cinta hambaNya kepada Allah ini tergambar dalam firman Allah: “Wahai orang-orang mukmin, sesiapa diantara kamu berpaling daripada agamanya, Allah akan munculkan satu kaum yang mencintai Allah sedangkan mereka dicintaiNya, yang bersifat lembut terhgadap orang mukmin dan bersikap tegas terhadap orang kafir. Mereka berjihad dijalan Allah dan tidak takut cercaan(celaan). Itulah kurnia yang diberikan Allah kepada orang yang dikehendakkiNya. Dan Allah Maha Meliputi lagi Maha Mengetahui.” (surah Al Maidah ayat 54)
Cinta dan saling meredhoi adalah hubungan antara hamba dan Tuhannya. Ia adalah roh yang berjalan lembut berseri-seri. Ia adalah ikatan erat yang mengikat manusia dengan Tuhannya yang penyayang.
Cinta Allah kepada hambaNya adalah perkara yang tidak boleh difahami akan nilainya, kecuali oleh orang-orang yang betul-betul mengenal Allah SWT dengan sifat-sifatNya sebagaimana Dia menggambarkan diriNya, atau orang yang beroleh kesan dari sifat-sifat ini pada diri dan perasaan serta sakhsiahnya.
Memang kita tidak mungkin dapat menilai hakikat pemberian ini kecuali oleh orang-orang yang benar-benar mengenal hakikat Pemberiannya, yaitu Allah yang bersifat Maha Memberi dan memilikki khazanah kurnia serta Pencipta Alam yang luar biasa.Dengan hanya sekadar kita tahu, itu Allah tanpa mempelajari dan mendalaminya sudah pasti ianya tidak akan memberikan hasil yang lumayan.Tidak ada orang yang dapat menghargai anugerah yang besar ini melainkan orang yang mengenal Allah Yang Mencipta Manusia. Manusia ditempatkan dialam yang luas, sedangkan manusia itu sendiri sangat kerdil.
Tidak ada orang yang dapat menghargai anugerah ini melainkan orang yang benar-benar mengenal Allah Yang Maha Agung, Maha Kuasa, Maha Esa yang memilikki kerajaan langit dan Bumi, Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin serta Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Selanjutnya, siapakah hamba yang dikurniai cinta oleh Allah SWT, sedangkan Allah menciptanya dari tanah dengan kata “kun” (jadilah) lalu iapun terjadilah!
Apabila cinta Allah kepada hambaNya adalah perkara yang hebat dan besar, maka itu adalah anugerah nikmat oleh Allah SWT kepada hamba dengan hidayahNya supaya hambaNya dapat mencintai dan beroleh taufikNya hingga tahu dari mana asal cinta itu, cinta yang tiada tolak bandingnya dalam seluruh rasa cinta. Sesungguhnya semua ini adalah merupakan anugerah nikmat yang paling besar nilainya.
Sungguhpun cinta ini datang dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Nikmat itu diberikanNya kepada hamba yang lemah dan miskin, iaitu kepada orang-orang yang melakukan segala amal-amal yang besar nilainya dan darjat pelaku melebihi orang selainnya.
Allah SWT tidak akan memberikan cinta kepada orang-orang yang mempunyai sifat-sifat buruk dan terus menerus melakukan perbuatan tercela yang akan menyebabkan akibat tersebarnya bahaya dan kerosakan dalam sesebuah masyarakat yang aman damai.
Cuba lihat Firman Allah ini: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan bangunan yang kukuh.” (surah As shaf ayat 4)
Ayat ini memberikan suatu gambaran yang jelas dan nyata bahawasanya Allah mencintai kaum mukminin. Allah menggalakkan dan menganjurkan mereka supaya rela berjuang dijalanNya demi menegakkan kalimatNya. Ayat yang sama juga menjelaskan tanda-tanda dan watak orang yang saling menolong, sikap yang harus mereka miliki apabila keadaan mengharuskan mereka berdepan dengan musuh.
Kewajiban dan kerjasama untuk saling menolong dan bersatu dikalangan mereka adalah seperti bangunan yang tersusun rapi, kukuh, kuat kerana melekat erat antara satu sama lain, tahan menghadapi gempa bumi, angin, rebut, taufan dan apa jua bentuk cubaan.
Gambaran ini jelas menunjukkan tentang sikap golongan ini dalam menggunakan ikatan yang kuat sesama mereka yakni dengan adanya ikatan perasaan, ikatan gerak dan ikatan matlamat atau tujuan yang ditetapkan mengikut targert dan keutamaannya. Mereka adalah kelompok yang kuat, berani, bersatu, gigih dalam menangani kerja dan tugas masing-masing untuk bergerak dengan segenap keberanian dan sudah sepatutnya diberikan pertolongan Allah dan seterusnya beroleh cintaNya.
Pengorbanan jiwa disisi Allah hanyalah akan berlaku sekiranya orang berkenaan ikhlas dan ridho dalam mencintai Allah, kerana manusia kebiasaannya lebih mencintai hal-hal yang lain.Syirik dalam aspek cinta kepada selain Allah didorong oleh kecintaan pada diri sendiri Tapi apabila ia rela dirinya dikorbankan dijalan Allah kerana mengharapkan keredhaanNya yakni cintanya kepada Allah sudah mengatasi kecintaanya kepada yang lain. Ketika itu ia pun termasuk kedalam golongan yang dinyatakan Allah mengenai mereka dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 165: “Dan orang-orang yang beriman lebih besar cintanya kepada Allah”
Jika demikian bererti mereka layak atau berhak mendapat cinta Allah berdasarkan firman Allah: “Dia(Allah) mencintai mereka dan mereka mencintaiNya.” (surah Al Maidah ayat 54)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berbuat amal soleh tidak Kami sia-siakan pahalanya.” (Surah Al Kahfi ayat 30)
Nabi s.a.w berkata: “Sembahlah Allah dalam seluruh ibadatmu seperti engkau menyaksikanNya.”
Meskipun Allah, kita tidak dapat menyaksiNya tapi manafaat hadith itu ada, kerana ia akan beramal sesuai dengan maksudnya, iaitu agar ikhlas dalam beribadat dan menyempurnakannya dengan khusyuk.
Demikianlah keterangan dari Imam Nawawi dalam Syarah Muslim jilid I, halaman 158.
Katakanlah: “Beramallah, maka Allah akan melihat amalmu bersama RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan kamu sekelian akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia memberitahu kamu tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al Taubah ayat 105)
http://nikmaa.multiply.com/journalEdited by: Mohamad Shuhmy Shuib